Sila Klik

Showing posts with label Kisah Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Kisah Sejarah. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Istana Al Hambra - Sepanyol

Al Hambra, melambangkan kegemilangan Islam sewaktu dulu, keindahan dan keajaiban yang tidak mampu dirungkai kerana dibangunkan dengan asas taqwa.  Sayangnya atas kelalaian sang penguasa,  Al Hambra kini sekadar menjadi tempat persinggahan para pelancong.... 

                                                    





                          
Alhambra ini merupakan istana kota di atas gunung di Granada. Sisa peninggalan muslim Al-Andalus tercantik,  Di dalamnya ada benteng pertahanan (Alcazaba), istana nasrid, istana Karl V, taman dll

Alhambra dalam bahasa Arabnya hamra' bentuk jamak dari kata ahmar yang berarti "merah". Ini kerana  bangunannya banyak dihiasi dengan ubin-ubin, bata-bata berwarna merah, serta penghias dinding yang agak kemerah-merahan dengan ceramik yang sarat dengan seni bina  Islam, di samping marmar yang putih dan indah. Ada pula yang berpendapat bahwa Alhambra dinamakan demikian karena diambil nama pembuatnya yakni Al-Ahmar. Hingga saat ini bangunan bernilai tinggi akan seni rekabina  ini memperlihatkan peradaban tinggi orang-orang Islam dulu. Istana ini berada di bukit La Sabica, masih tetap berdiri sebagai bukti kejayaan Islam di Granada Spanyol. Luasnya hampir 13 hektar. ianya dibangun di atas sisa bangunan zaman Romawi setelah perebutan Spanyol oleh para muslim. Granada dikenal sebagai tempat pelarian terakhir para muslim di Spanyol setelah Cordoba, Sevilla dan Malaga.
Istana Alhambra didirikan oleh kerajaan Bani Ahmar atau bangsa Moor (Moria) (bangsa yang berasal dari daerah Afrika Utara), satu kerajaan Islam terakhir yang berkuasa di Andalusia sekarang Spanyol. Kerajaan ini adalah Daulat Bani Ahmar yang berkuasa antara 1232-1492 M, didirikan oleh Sultan Muhammad bin Al-Ahmar atau Bani Nasr yang masih keturunan Sa'id bin Ubaidah, seorang sahabat Rasulullah saw. yang berasal dari suku Khazraj di Madinah. Bangunan Istana Alhambra dibangun kurang lebih tahun 1238 dan 1358 M oleh sultan tersebut yang diteruskan oleh keturunan raja-raja Bani Ahmar. Istana Alhambra tidak didirikan secara langsung tapi dibangunkan secara berperingkat.  Ia dikatakan dibangunkan selama  100 tahun (Abad 14-15).  Binaan pertama dilakukan oleh Sultan Muhammad bin al-Ahmar I (1257-1323). Awalnya bangunan ini dirancang sebagai kompleks tentera, namun kemudian Alhambra dijadikan kediaman dan istana kerajaan islam di Granada pada pertengahan abad ketiga belas.




 Istana ini dilengkapi  taman dengan  bunga-bunga yang indah harum semerbak, serta suasana yang nyaman. Kemudian, ada juga Hausyus Sibb (Taman Singa), taman yang dikelilingi oleh 128 tiang yang terbuat dari marmar. Di taman ini pula terdapat kolam air pancur yang dihiasi dengan dua belas patung singa yang berbaris melingkar, yakni dari mulut patung singa-singa tersebut keluar air yang memancar. Di dalamnya terdapat berbagai ruangan yang indah, yaitu, Ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi), yakni ruangan pengadilan dengan luas 15 m x 15 m, yang dibangun oleh Sultan Yusuf I (1334-1354); Ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj), ruangan berbentuk bujur sangkar dengan luas bangunan 6,25 m x 6,25 m yang dipenuhi dengan hiasan-hisan kaligrafi Arab; Ruangan Bersiram (Hausy ar-Raihan), ruangan yang berukuran 36,6 m x 6,25 m yang terdapat pula al-birkah atau kolam pada posisi tengah yang lantainya terbuat dari marmer putih. Luas kolam ini 33,50 m x 4,40 m dengan kedalaman 1,5 m, yang di ujungnya terdapat teras serta deretan tiang dari marmer; Ruangan Dua Perempuan Bersaudra (Baitul al-Ukhtain), yaitu ruang yang khusus untuk dua orang bersaudara perempuan Sultan Al-Ahmar; Ruangan Sultan (Baitul al-Mulk); dan masih banyak ruangan-ruangan lainnya seperti ruangan Duta, ruangan As-Safa', ruangan Barkah, Ruangan Peristirahatan sultan dan permaisuri di sebelah utara ruangan ini ada sebuah masjid yakni Masjid Al-Mulk.  

Ada beberapa perkara ajaib dalam AI Hambra. Pertamanya ialah tempat mengambil wudhuk yang dibina di tengah-tengah ruang masjid Al Hambra. Air untuk berwudhuk keluar dari mulut-mulut singa. Air itu entah dari mana datangnya.

Semasa zaman pemerintahan Islam, air itu keluar sendiri bila masuk waktu sembahyang dan berhenti juga sendiri (automatik).. Tiap-tiap waktu sembahyang begitulah. Tapi bila AI Hambra dikuasai Kristian, mulut singa itu dibuka untuk diselidiki teknologinya, dan hasilnya air mengalir tidak berwaktu lagi..mengalir setiap waktu.

Saintis moden hari ini kagum dengan teknologi pengairan yang terdapat di Hambra. Mereka tidak dapat menirunya. Bahkan kalau mereka cuba selidik, untuk kaji rahsianya air tidak akan keluar langsung.

Sebab itu mereka tidak berani mengganggu lagi. Terdapat
beberapa tempat air dalam AI Hambra yang sudah kering pancutannya, adalah kerana sistemnya diganggu. Dan tiada siapa yang mampu membaikinya supaya air itu mampu mengalir lagi.

Itulah keajaiban AI Hambra. Di tempat lain bila mendongak ke bumbung istana seperti ruang-ruang lain, terdapat ukiran yang sungguh seni dan cantik, bertulis ayat-ayat Quran
dan nama- nama Allah. Tapi sebahagian dari bumbung-bumbung itu kosong tanpa ukiran dan tulisan.

Sebenarnya orang Kristian cuba menutup syiar Islam dengan membina bumbung lain. Tapi bumbung baru itu roboh dan tempat roboh itulah dapat dilihat keasliannya Ya, Ada tempat roboh walhal AI Hambra yang lebih lama dari itu tidak menampakkan tanda-tanda mahu roboh!

Teknologi orang Islam adalah ilham dari Allah sedang teknologi, orang bukan Islam adalah hasil fikiran sendiri.

Di satu ruang besar, agak gelap bentuk hemisfera ada satu
keanehan yang lain. Di dalamnya, jika bertakbir, gemanya sangat kuat hingga menaikkan bulu roma. Di ruangan itu ada sistem menguatkan bunyi yang perlahan. Jika kita membisikkan sesuatu ke dinding hemisfera itu dan menyuruh rakan kita melekapkan telinga ke dinding yang jauh di hujung lagi satu, rakan kita akan dapat mendengarnya.

Wujud sistem penghantaran bunyi yang perlahan ke tempat yang jauh.


Di depan ruang itu terdapat kolam ikan. Airnya hijau. Ikan seperti lampam terdapat beribu ekor di bawah air. Ada warna putih, kuning, merah, belang-belang dan macam-macam. Jinak tapi tak dapat ditangkap. (Difahamkan asalnya itulah kolam tempat mandi raja).

Di bilik air istana AI Hambra pula, ruang bilik air itu kelihatan paling terang dari ruang-ruang yang lain. Sebab bumbungnya dibuat dari cermin, membenarkan cahaya matahari masuk. Mungkin untuk menjadikan bilik air itu mudah kering, lagi pun dulu mana ada lampu elektrik, cahaya agak susah jadi umat Islam berfikir bagaimana untuk masukkan cahaya asli ke ruang sulit itu. Terdapat kolah air yang besar di dalamnya. Cuma ada satu paip untuk isi air ke dalam kolah, tapi air sentiasa mengalir darinya, membuatkan kolam besar itu penuh diisinya.


                                                                            
Istana Al Hambra telah begitu berada di puncak kegemilangan.  Sayangnya sikap berpecah belah kaum Muslimin menyebabkan kota Al Hambra ini jatuh ke tangan Kristian. Perpecahan kaum Muslimin memang sukar dibendung. Perasaan iri hati dan dengki telah memecah belah umat Islam. Fenomena ini telah dimanfaatkan pihak ketiga. Di saat kerajaan-kerajaan Islam saling berperang dan saling benci, pihak Kristian telah bersatu padu. Pada tahun 1469, Kerajaan Ferdinand dari Aragon telah bergabung dengan Kerajaan Isabella dari Castillia. Pada tanggal 2 Januari 1492 atau 2 Rabiul Awal 897, kota Granada dikepung dan akhirnya ditakluk dan dikuasai oleh pihak Kristian. Sejak itu, Alhambra dengan Masjid al-Mulknya dikuasai kaum Nasrani.

Ternyata kemenangan ini membawa kesan yang amat buruk bagi kaum Muslimin.  Gerakan Kristianisasi mula dijalankan.Kardinal Ximenes de Cisneros menyingkirkan semua buku Arab yang menyenaraikan ajaran Islam dan membakarnya habis menjadi debu. Malahan  Raja Philip II (raja Spanyol 1556-1598) mengumumkan sebuah undang-undang yang jelas-jelas melanggar Hak Asasi manusia..  Undang-undang itu mengharuskan kaum muslimin membuang kepercayaan, bahasa Arab, adat istiadat dan cara hidup sebagai pengikut Nabi Muhammad saw. Pun begitu mereka masih belum puas kerana puncaknya adalah, pada tahun 1609, Raja Philip III (1598-1621) mengusir secara paksa semua umat Islam dari Andalusia. Kalau masih ingin menetap di Andalusia cuma ada satu syarat, mereka harus memeluk agama Kristian.

Kecantikan Alhambra ini sempat tenggelam dan terlantar, namun untunglah seorang penulis Amerika Washington Irving, mengetuk kembali perhatian umum melalui bukunya "Tales of the Alhambra". Ia sendiri menginap di istana Nasrid tempat di mana dulu sang Kalif, kemudian kaisar Karl V tinggal.
                                                                   


 

Al Hambra terlalu indah...tiada kata-kata yang dapat diungkap melihat keindahannya selain ucapan Maha Suci Allah.  Tertanya di dalam hati...mampukah Al Hambra ditawan kembali.  Akan kembali gemilangkah Islam di sini...? 


Saturday, January 22, 2011

Bandar Lama Jugra

Jugra terletak di Kuala Langat,Selangor,Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Pulau Carey, Kampung Chodoi, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi

Bukit Jugra awalnya dikatakan menjadi kawasan  kera dan dikenal sebagai `Tanjung Kera '.
Orang Inggris yang tidak fasih berbahasa Melayu menyebut `jungera 'atau berbunyi sebagai Jugra. Nama `Tanjung Kera 'kemudiannya diubah ke` Kota Temasya' oleh Sultan Abdul Samad dan nama Bukit Jugra juga kekal sehingga kini.
Menyingkap kembali asal kampung Kota ini dan Bukit Jugra saling terkait dengan kisah kerabat kerajaan Selangor. Menurut kisah 'mitos' penduduk tempatan  yang lama menetap disekitar, Jugra berasal dari tubuh seorang puteri Negeri Kedah yang meninggal ketika melarikan diri kerana akan dinikahkan dengan Raja Riau.
Tubuhnya dikatakan hanyut ke laut dan terdampar hingga menjadi sebuah pulau yang berbukit dan memiliki tiga buah puncak:
Puncak pertama adalah yang menjadi makam Kerajaan yang meliputi area sekitar 2 hektar. Area makam DiRaja Selangor dimulai sekitar tahun pada 1886.
Disinilah Makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah yang mangkat pada 1898 (persemedian).
Lain-lain makam diluar dari 'bangunan Makam' adalah Almarhum Tengku Musa, Almarhumah Tunku Alfah binti Almarhum Sultan Yaakob, Almarhum Tunku Maharum, Almarhum Raja Berkat, Almarhumah Tengku Muteh putra Sultan Abdul Samad dan Yang Mulia Raja Kahar.
Puncak Kedua adalah ada bangunan lama dan peninggalan sejarah untuk para pembesar dan pembantu istana dan kerabat Diraja.
Puncak Ketiga: merupakan kawasan  Rumah Api Bukit Jugra, di samping menjadi tempat mencerap anak bulan.

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api dibina di puncak Bukit Jugra. Sampan , perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra.
Bukit Jugra merupakan tempat strategi kerana berhampiran dengan laut, mengadap perairan Selat Melaka.
 
Bukit Jugra ada 3 punca bukit yang menempatkan :
Makam Diraja
  • Makam-makan diraja
  • Bangunan lama untuk pembesar dan kerabat diraja
  • Rumah api Bukit Jugra setinggi 146 meter dibina pada 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia.
    Rumah Api Jugra
    Rumah api ini dibina berbentuk menara batu konkrit setinggi 146 meter pada permukaan 25 meter dari aras laut.
    Istana Jugra
     
  • Istana Jugra merupakan istana yang didiami oleh Sultan Selangor hampir tiga dekad lamanya sebelum berpindah ke Kelang. Istana Jugra menjadi tempat pertabalan Sultan Selangor ke-5 iaitu Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa (telah menaiki takhta pada 17 hb Febuari 1898 mengantikan paduka Nenda baginda Almarmhum Sultan Abdul Samad.
    Antara peninggalan bersejarah semasa pemerintahan baginda di Bandar Temasha ,Jugra , Kuala Langat ialah Istana Jugra ini.  Ia dibina pada tahun 1905.
    • Istana ini juga dikenali sebagai Istana 40 bilik kerana di dalam nya terdapat 40 buah bilik. Istana dua tingkat ini di bina di atas tanah seluas 12.96 ekar. Di bahagian tengah nya terdapat dua tingkat Istana yang mengandungi 4 bilik iaitu bilik peraduan, bilik mengadap , bilik tetamu diraja dan persemayam baginda. Bangunan ini bertiang batu, berdinding dan berlantai papan. Bawah rumahnya setinggi 10 kaki mempunyai tangga papan tebal. Atapnya dibuat daripada daun nipah, mempunyai kaki yang berdinding setinggi 3 kaki dengan bilah-bilah kayu dinamakan jenang. 
  • Senibina masjid ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk campuran India-Muslim dan Islam Timur Tengah. Ianya dikatakan mempunyai pengaruh senibina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara.
  • Sekali pandang pada bentuk masjid, ada imbasan arca istana zaman silam dalam cerita-cerita dongeng Aladdin & Kisah 1001 Malam.
  • Banyak pengubahsuaian & tambahan telah dijalankan, terutama sekali pada bahagian dalamannya. Keseluruhan dinding dalaman telah disolek dengan penyudah kayu beralur, manakala sebelah dalam kubah telah dilitupi dengan siling kayu dekoratif, dihiasi dengan motif Kalimah Shahadah & nama-nama Khulafa' Arrasyidin. Bentuk asal kubah dari dalam sudah tidak kelihatan lagi.
  • Kawasan lapang tidak berbumbung yang pada asalnya merupakan laman terbuka tanpa lantai telah diratakan dan disudahi dengan lantai jubin sebagai ruang solat tambahan.
  • Bangunan utama masjid yang berkubah dikelilingi oleh dinding tinggi bertingkap jeriji. Di setiap sudut terdapat menara yang sederhana tingginya. Di tengah dinding bahagian hadapan masjid pula dibina menara azan bersegi delapan yang mempunyai dua aras tinjauan, berkubah keemasan di puncaknya. Keseluruhannya ibarat kubu kota pertahanan yang mengelilingi sebuah istana raja.
  • Penjara Jugra atau dahulu dikenali sebagai Rumah Pasung ini terletak dalam daerah Kuala Langat. Ia merupakan penjara pertama di Negeri Selangor dan dibina daripada batu granit yang amat unik. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad sekitar 1870-an semasa Jugra menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Selangor. Pada masa sekarang hanya tinggal beberapa bahagian tembok binaan yang masih kukuh dan penjara ini telah dibaik pulih dan dipelihara oleh pihak Lembaga Muzium Selangor.
  • Tapak Perigi Lama Jugra ini terletak di kaki Bukit Jugra, kira-kira 200 meter dari Bangunan Muzium Tapak (Insitu) Jugra, Kuala Langat. Tapak Perigi Lama ini di jumpai semasa kerja-kerja survei arkeologi dijalankan pada bulan November 2001. Di sekitar tapak ini terdapat beberapa unit perigi lama yang dipercayai digunakan sebagai sumber air pada masa dahulu.  Di kawasan tapak ini juga dipercayai terdapatnya runtuhan banguan berdasarkan jumpaan sebahagian kecil tembok atau dinding batu yang masih elok semasa kerja-kerja carigali dijalankan pada tahun 2003. Selain jumpaan tembok batu tersebut, jumpaan-jumpaan lain seperti serpihan seramik, tembikar, porselin dan logam juga telah ditemui.