Sila Klik

Showing posts with label Kisah Kasih Sayang. Show all posts
Showing posts with label Kisah Kasih Sayang. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Memberi Walaupun Sedikit

Ini  adalah sebuah kisah benar.  Kisah benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah  kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin  pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."                                 

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat  seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik  kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,  isteri  dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak  banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak  ada  duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar  ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan  ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan  pulang  ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa  yang  bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli  hati  mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke  kampung,  saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan  selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk  diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya  yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk  diberikan  kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum  apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam  memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi  sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan  setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya  tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik  perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau  disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan  semakin  membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampong dengan bas, tetapi selepas  beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat  komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami  sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,  ada  sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi  keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun  perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,  hakikatnya  ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak  ingin  saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap  diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh  saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya  berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke  kocek  anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya  sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Disamping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh  sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya  sudah  membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun  saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi  kepada  anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,  tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi  bersama :

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam  kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka  bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu  sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun  itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula.

DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka berkekalan.
Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak  kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang  diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam  mana-mana  buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?

Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja.
Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri  walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Tuesday, February 15, 2011

Segelas Susu Setulus Budi



Di suatu hari di musim bunga seorang pengembara sedang menikmati pemandangan indah di sepanjang perjalanannya. Sudah beberapa jam si pengembara  berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah  di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang semakin terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.
Dalam keletihan itu, dia ternampak  rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang dia susuri iutu.  Dia lantas memutuskan untuk singgah sebentar di situ.  Setelah mengetuk pintu beberapa kali, pintu akhirnya dibuka oleh seorang budak perempuan yang sungguh comel.

Pemuda itu menceritakan yang dia sedang mengembara, perjalanannya masih jauh dan dia merasa terlalu dahaga dek panas terik sepanjang perjalanan.  Dia amat berharap   budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu meminta diri dan bergegas ke dapur.  Dia kembali semula mendapatkan pemuda tersebut bersama segelas susu. Dia bukan sekadar membawa air tetapi segelas susu!
Dia merasakan pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan” tutur anak comel itu teratur dan penuh sopan.

Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”

Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit gadis berkenaan berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…

“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.” - Dr Howard Kelly-

Artikel  ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Friday, February 4, 2011

Masih Adakah Lagi Jejaka Sepertinya...?

 Pada masa dahulu ada 
 seorang jejaka yang 
 selalu menghabiskan
 masanya di
 perpustakaan pada waktu 
 lapang. Dia
 amat suka membaca 
 novel, buku cerita
 sehingga suatu hari dia 
 telah terjumpa 
 sebuah novel yang ada 
 tertulis nama dan  alamat seorang gadis di
 salah satu muka  suratnya. Tertulis di situ
 Catrina...kesepian ; perlukan sahabat... 

 Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat 
 kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, 
 jejaka itu menulis surat untuk memberitahu
 niat ingin berkawan  dengan gadis itu.
 Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat
 balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju 
 untuk berkawan dengan si jejaka. 

 Hari betukar minggu dan minggu bertukar 
 bulan. Persahabatan  mula bertukar 
 kepada perasaan sayang. 
 Namun begitu masing-masing masih belum 
 bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu 
 si gadis dan begitu  juga dengan si gadis.
 Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat
 rupa masing-masing, tapi perasaan sayang
 tetap berbuku di hati. 

 Sehingga suatu hari, si jejaka yang 
 merupakan seorang tentera
 dipanggil oleh ketuanya untuk pergi ke medan 
 perang. Si jejaka
 amat susah hati kerana dia takut sekiranya
 dia tidak akan  mungkin bertemu dengan 
 si gadis.
 
 Maka  diutuskannya surat berbunyi ;kalau Tuhan 
 panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang  
 padaku,  kita berjumpalah di stesen keretapi
 di bandar  kamu pada hari perang  diumumkan
 tamat nanti di stesen keretapi.  Aku akan menaiki
 tren yang pertama. 
 Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa
 sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan 
 mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang
 bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah
 aku membawamu makan  malam dan bertemu 
 orang tuaku. 
 
 Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah 
 mengutuskan surat  itu...Beberapa bulan 
 kemudian...
 pada hari   pengumuman perang tamat, si 
 jejaka pergi  ke stesen keretapi  di bandar
 tempat si gadis tinggal sambil
 memegang bunga di tangan. Dilihatnya
 seorang demi seorang gadis yang lalu \
 sekiranya dia turut  memegang bunga. 

 Tiba-tiba.. si jejaka ternampak 
 seorang gadis yang agak  berisi
 dan duduk di kerusi roda sambil
 melihat sekeliling. Kakinya kudung 
 dan tangannya cacat sebelah... sebelah 
 lagi tangannya memegang
 sekuntum bunga mawar berwarna merah
 Si jejaka agak terkejut tetapi dia 
 memberanikan diri menghampiri si gadis. 
 Catrina? Gadis itu melihat ke arah 
 si jejaka dan tersenyum. 
 Si jejaka terus menghulurkan bunga 
 mawar kepada si gadis 
 dan berkata "aku amat merinduimu.
 Terimalah bunga ini
 dan pelawaan ku untuk makan malam.
 Orang tuaku tidak sabar 
 untuk bertemu denganmu.. sambil kemudian 
 mencium tangannya.
 Si gadis itu terus bersuara..aku tidak 
 tahu apa yang terjadi. 
 Tapi ada seorang gadis yang tersangat 
 cantik memberikan 
 bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia 
 menyuruhku memberitahu  kamu
 bahawa dia sedang menunggu kamu di
 restoran dekat stesen
 ini sekiranya kamu mempelawaku makan
 malam dan bertemu orang
 tuamu.....
 
 Berapa ramaikah manusia yang sesuci 
 hati jejaka ini? Dia 
 melihat kepada hati dan bukan kepada rupa..
 dia telah mengotakan janji nya dan 
 tetap berpegang kepada 
 perasaan sayang walaupun pada mulanya dia
 menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina...
 Betapa indahnya dunia ini jika semua manusia
 harus berfikir seperti dia...
 tetapi masih adakah lagi jejaka sepertinya? 
 Menerima seadanya dengan hati yg tulus dan ikhlas.........
 Fikir-fikirkan....

Wednesday, February 2, 2011

Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis?

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang ....





Friday, January 28, 2011

Kasih Seorang Ayah -

Al Fatihah ....buat ayah tersayang yang telah

kembali ke Rahmatullah tanggal 1 Julai 2002.


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, anak perempuan yang sedang bekerja di perantauan, anak perempuan yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, anak perempuan yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya…..akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya.

Jarang sangat dengar yang rindu pada ayah.  Kalau telefon, biasanya bercakap dengan ibu.  Lalu bagaimana dengan Ayah?
Mungkin juga bertanya  khabar anak setiap hari, tapi pernahkah kalian terfikir ayah yang minta ibu menelefon bertanya khabar? 

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, Ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berkongsi pengalaman, tapi tahukah kamu, bahawa kembalinya  ayah bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu bertanyakan ibu tentang khabar mu dan apa yang kau lakukan seharian?
 
Pada ketika kamu masih kecil…… ayah biasanya mengajar kamu naik basikal. Dan setelah ayah merasakan kamu sudah pandai , ayah akan membuka roda tiga di basikalmu…

Tapi biasanya ibu akan menegah : “Jangan buka dulu rodanya bang, mungkin dia belum cukup pandai,"Ibu seringkali takut puterinya terjatuh dan tercedera….

Tapi sebagai seorang bapa walau terselit perasaan risau ayah dengan penuh yakin dan sabar akan membiarkanmu, memerhatikan mu  dan menjagamu mengayuh basikal  dengan penuh perhatian kerana dia tahu puteri kecilnya boleh melakukan...

Di ketika kamu menangis merengek meminta mainan yang baru, ibu akan merasa hiba... Tetapi ayah akan memujuk dengan tegas, nanti ayah belikan ya, tapi ayah tidak boleh beli sekarang!"

Bukan ayah sampai hati berbuat demikian, tetapi ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan mendapat apa yang kamu minta, dan ini pastinya merosakkan perilaku kamu kelak....

Bila kamu diserang demam ayah akan turut merasa khuatir, biarpun sering dilihat ibu yang kerap datang mengusap dan membelai.
Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar risau memikirkanmu.

Ketika kamu sudah menginjak remaja….
Kamu mula meminta daripada ayah untuk  keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: “Tidak boleh!”.
Bukan juga kerana ayah tidak mahu memenuhi keinginan remaja mu keluar dengan teman-teman tetapi ayah baersikap demikian kerana untuk menjagamu?
Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat – sangat luar biasa berharga..
Tetapi sayangnya kamu tidak memahami, kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil menghempas pintu…
Dan yang datang mengetuk pintu dan memujukmu  adalah ibu….
Sedangkan di saat itu hati tua ayah turut tersentuh, memejam mata dan menahan perasaan....bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, tapi dia lebih harus menjagamu...

Ketika ada  pemuda mulai menghubungi mu , atau sesekali datang ke rumah untuk menemuimu,
Ayah akan cuba sebaik mungkin memaniskan wajahnya....
Ada ketikanya ayah sesekali memasang telinga  saat kamu sedang bebicara berdua di ruang tamu..
Bukan kerana ayah ingin mengongkongmu tetapi di hati ayah tetap terselit perasaan risau....kerana kamuanak gadisnya....

Bila ayah merasa sedikit percaya pada mu, ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah tetapi di atas kepercayaan itu kamu mulai sedikit demi sedikit melanggar peraturan, pulang jauh lewat malam...
Maka berjagalah ayah di malam itu menunggu mu di ruang tamu, kerisauan ayah tidak bertepi....

Ketika melihat puterinya  pulang jauh malam, hati ayah sedikit membara dan ayah akan memarahimu, tetapi kamu menarik muncung panjang dan meninggalkan ayah di ruang tamu,tanpa kamu menghargai perasaan risau ayah kerana kamu seorang perempuan...

Setelah tamat pengajian menengah, ayah mula memaksamu untuk melanjut pengajian di universiti.  Apa yang ayah lakukan adalah demi masa depanmu....
Pun begitu ayah tetap tersenyum dan memberi sokongan kepadamu walau pun pilihanmu tidak seiring dengan pilihan ayah...

Ketika kamu menjadi gadis dewasa…..dan kamu perlu pergi meneruskan pengajian  ditempat lain…
Ayah harus melepaskan mu....namun dengan rasa risau dan khuatir...bimbang anak gadisnya....
Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu?
Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini  dan itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. .
Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.
Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di tubir matanya, dan menepuk bahumu seraya berkata “Jaga dirimu baik-baik ya anak ayah”.
Ayah melakukan itu semua agar kamu kuat…kuat untuk pergi dan menjadi insan berguna..

Di saat kamu memerlukan wang untuk membiayai pengajian di universiti ,  orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah.
Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya sama merasa dengan teman-temannya yang lain.
Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta boneka baru, dan ayah tahu ia tidak dapat memberikan yang kamu inginkan….
Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : “Tidak….. ayah tak dapat beli!”
Padahal dalam hati ayah, dia Ia sangat ingin mengatakan “Iya nak, nanti ayah belikan untukmu”.
Tahukah kamu bahwa pada saat itu ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Bila saatnya kamu lulus pengajian tinggimu
Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.
Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat “puteri kecil dulunya  tidak manja dan telah menjadi dewasa, dan telah menjadi seseorang”

Sampai jugag saat seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.
Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin..
Karena ayah tahu……
Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan dirinya nanti...
Dan akhirnya….
Saat ayah melihatmu duduk di pelaminan bersama seseorang lelaki yang di nggapnya pantas menggantikannya, ayah pun tersenyum bahagia…..

Namun tanpa kamu sedari ayah pasti akan berseorangan seketika dan menitiskan air mata...
Ayah menangis kerana ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa…..
Dalam lirih doanya kepada Tuhan, ayah berkata:
“Ya Allah, ya Tuhanku …..Puteriku kini telah menjadi wanita dewasa ….
Bahagiakanlah ia bersama suaminya…Moga hidupnya sentiasa dirahmati..”
Setelah itu ayah hanya  menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk…
Ayah telah menyelesaikan tugasnya menjagamu …..

Ayah, Bapak, atau Abah kita…Adalah insan  yang sentiasa kelihatan kuat…biar ada ketikanya hatinya seringkali terluka...

Dia juga amat berpada-pada bila dia ingin memanjakan mu......

Wahai anak, biar bila masa dan ketika pun, ayah tetap akan mendoakan mu, semoga kamu menjadi anak yang rela berkorban untuk orang tua mu.....                               .
















Kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah rela berkorban....

Wednesday, January 26, 2011

Jasa Bonda - Dedikasi Buat Semua Anak

          
Saat kau berumur 15 tahun, dia pulang kerja ingin memelukmu.
Sebagai balasannya, kau kunci pintu bilik..

Saat kau berumur 16 tahun, dia menunjuk ajar dikau memandu.
Sebagai balasannya, kau menggunakan keretanya setiap ada kesempatan tanpa peduli kepentingannya.
Saat kau berumur 17 tahun, dia sedang menunggu panggilan telefon yang sangat penting.
Sebagai balasannya, kau menggunakan telefon semalaman.
Saat kau berumur 18 tahun, dia menangis terharu ketika kau lulus Sijil Menengah mu
Sebagai balasannya, kau meraikannya dengan teman-teman hingga pagi.
Saat kau berumur 19 tahun, dia membayar yuran pengajianmu dan menghantarmu di hari pertama mendaftar di kampus
Sebagai balasannya, kau minta diturunkan jauh dari pintu utama kampus agar kau tidak malu di depan teman-temanmu.
Saat kau berumur 20 tahun, dia bertanya, “Dari mana nak seharian ini?”
Sebagai balasannya, kau jawab, “Ah, cerewetnya ibu ni, semua urusan nak masuk campur!”
Saat kau berumur 21 tahun, dia mengesyorkan pekerjaan yang bagus untuk pembinaan kariermu di masa depan. Sebagai balasannya, kau katakan, “Aku tidak suka pekerjaan itu,  Ibu.”
Saat kau berumur 22 tahun, dia memelukmu dengan penuh haru saat kau lulus pengajian tinggi mu
Sebagai balasannya, kau tanya dia bila ibu hendak memberi mu hadiah.
Saat kau berumur 23 tahun, dia membelikanmu  kelengkapan perabot untuk rumah barumu.
Sebagai balasannya, kau ceritakan pada temanmu perabot itu tidak memenuhi citarasa mu
Saat kau berumur 24 tahun, dia bertemu dengan tunanganmu dan bertanya tentang rencananya di masa depan.
Sebagai balasannya, kau mengeluh, “kenapa ibu ni, tanya soalan yang bukan-bukan?
Saat kau berumur 25 tahun, dia membantumu membiayai pernikahanmu.
Sebagai balasannya, kau pindah jauh ke tempat lain
Saat kau berumur 30 tahun, dia memberikan beberapa nasiha, panduan dan tunjukjar bagaimana merawat dan menjaga bayimu. Sebagai balasannya, kau katakan padanya,”Ibu, zaman sekarang dan dahulu jauh bezanya, caranya juga berbeza!
Saat kau berumur 40 tahun, dia menghubungi mu untuk memberitahu ada kenduri doa selamat dan tahlil di rumah . Sebagai balasannya, kau jawab, “Ibu, saya terlalu sibuk, tidak berkeluangan untuk balik!”
Saat kau berumur 50 tahun, dia sakit-sakitan sehingga memerlukan perhatian mu
Sebagai balasannya, kau baca tentang pengaruh negatif orang tua yang menumpang tinggal di rumah anak-anaknya.
Dan hingga suatu hari, dia meninggal dengan tenang....

 Dan tiba-tiba di satu ketika kau teringat semua yang belum pernah kau lakukan buat ibu mu.... sayangnya dia telah tiada lagi...

JIKA BELIAU MASIH ADA, JANGAN LUPA MEMBERIKAN KASIH SAYANGMU LEBIH DARI YANG PERNAH KAU BERIKAN SELAMA INI DAN JIKA BELIAU SUDAH TIADA, INGATLAH KASIH SAYANG DAN CINTANYA YANG TULUS TANPA SYARAT KEPADAMU.

   
JASA BONDA                                      

kau dibuai mimpi dia jaga
kau bersenang dia bekerja
untukmu tiada terbatas
memberi tak minta dibalas
ingin dibinanya untukmu
                                                       
punya kekuatan jiwa
punyai maruah..


leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat di hati
beringat-ingatlah berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang


engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semakin tua
membilang usia
di saat kau berjaya
dia tiada berdaya
semoga kau tak lupa
jasa bonda....







Friday, January 21, 2011

Malaikat di Rumah Mu

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah ?".

 Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu". "Tapi disini, di dalam surga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia". "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia". "Dan bagaimana saya boleh mengerti saat orang-orang bercakap kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?".

"Malaikatmu akan bercakap kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu bercakap". "Dan apa yang akan saya lakkukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?". "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa". "Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?". "Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya". "Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi". "Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu". Saat itu Surga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ? ". "Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu".