Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ahmad,
seperti berikut :
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar.
Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya,
ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka
bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat
daripada gunung ?"
Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung
batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau
sejenisnya yang dibuat dari besi).
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras
manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api).
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara
sedasyat apapun niscaya akan padam
jika disiram air). Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah
sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat
daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu
angin" (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat,
bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada
lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat
dahsyat).
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada ,
iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara
tangan kirinya tidak mengetahuinya".
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah
orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah
yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun
supaya diketahui orang lain.
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika
beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap
manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan
mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" .
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang
ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan,
dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.
Ganjaran bersedekah
Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah,
hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi
bertambah berkah. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah,
ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana
firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :
Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan
Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka
Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah".. {Qs. Al Lail (92) :
5-8}
Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh)
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan
sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji.
Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha
luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada
dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan,
karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada
Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan
hartanya".
Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak
bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW,
sbb :
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah
mendahului sedekah".
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".
"Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah
ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana
kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan
memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan
bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai
pekerjaannya, malas, dll.
Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan
syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) ,
sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian
kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas
perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita
beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita,
kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang
bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang
yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang
tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian
sedekah.
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada
pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka
biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum solat Jum'at
dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan
memberi sejumlah minima setiap Jumaat, misalnya Jumaat ini kita menyumbang RM5
kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jumaat berikutnya harus dengan jumlah yang
sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi
dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla.
Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan
rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya
orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan
(belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah
celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang
melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya
kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan
rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.
Sedekah yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :
"Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga
hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang
mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh sedekah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir
walaupun si pemberi sedekah telah meninggal :
SADAQAH JARIAH - KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !
1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda
mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.
2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan
kebaikan.
Teach someone to recite a dua.. With each recitation, you will gain hasanaat.
3. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya,
anda mendapatkan kebaikan.
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you
will gain hasanaat.
4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau
makan buahnya, anda dapat kebaikan.
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats
from the tree, you will gain hasanaat.
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
Place a water cooler in a public place.
6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
Share constructive reading material with someone.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
Participate in the building of a mosque.
8. Edarkan CD Quran atau Do'a.
Share a dua or Quran CD.
9. Bantulah pendidikan seorang anak.
Help in educating a child.
0 comments:
Post a Comment