Sila Klik

Friday, February 4, 2011

Masih Adakah Lagi Jejaka Sepertinya...?

 Pada masa dahulu ada 
 seorang jejaka yang 
 selalu menghabiskan
 masanya di
 perpustakaan pada waktu 
 lapang. Dia
 amat suka membaca 
 novel, buku cerita
 sehingga suatu hari dia 
 telah terjumpa 
 sebuah novel yang ada 
 tertulis nama dan  alamat seorang gadis di
 salah satu muka  suratnya. Tertulis di situ
 Catrina...kesepian ; perlukan sahabat... 

 Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat 
 kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, 
 jejaka itu menulis surat untuk memberitahu
 niat ingin berkawan  dengan gadis itu.
 Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat
 balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju 
 untuk berkawan dengan si jejaka. 

 Hari betukar minggu dan minggu bertukar 
 bulan. Persahabatan  mula bertukar 
 kepada perasaan sayang. 
 Namun begitu masing-masing masih belum 
 bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu 
 si gadis dan begitu  juga dengan si gadis.
 Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat
 rupa masing-masing, tapi perasaan sayang
 tetap berbuku di hati. 

 Sehingga suatu hari, si jejaka yang 
 merupakan seorang tentera
 dipanggil oleh ketuanya untuk pergi ke medan 
 perang. Si jejaka
 amat susah hati kerana dia takut sekiranya
 dia tidak akan  mungkin bertemu dengan 
 si gadis.
 
 Maka  diutuskannya surat berbunyi ;kalau Tuhan 
 panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang  
 padaku,  kita berjumpalah di stesen keretapi
 di bandar  kamu pada hari perang  diumumkan
 tamat nanti di stesen keretapi.  Aku akan menaiki
 tren yang pertama. 
 Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa
 sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan 
 mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang
 bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah
 aku membawamu makan  malam dan bertemu 
 orang tuaku. 
 
 Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah 
 mengutuskan surat  itu...Beberapa bulan 
 kemudian...
 pada hari   pengumuman perang tamat, si 
 jejaka pergi  ke stesen keretapi  di bandar
 tempat si gadis tinggal sambil
 memegang bunga di tangan. Dilihatnya
 seorang demi seorang gadis yang lalu \
 sekiranya dia turut  memegang bunga. 

 Tiba-tiba.. si jejaka ternampak 
 seorang gadis yang agak  berisi
 dan duduk di kerusi roda sambil
 melihat sekeliling. Kakinya kudung 
 dan tangannya cacat sebelah... sebelah 
 lagi tangannya memegang
 sekuntum bunga mawar berwarna merah
 Si jejaka agak terkejut tetapi dia 
 memberanikan diri menghampiri si gadis. 
 Catrina? Gadis itu melihat ke arah 
 si jejaka dan tersenyum. 
 Si jejaka terus menghulurkan bunga 
 mawar kepada si gadis 
 dan berkata "aku amat merinduimu.
 Terimalah bunga ini
 dan pelawaan ku untuk makan malam.
 Orang tuaku tidak sabar 
 untuk bertemu denganmu.. sambil kemudian 
 mencium tangannya.
 Si gadis itu terus bersuara..aku tidak 
 tahu apa yang terjadi. 
 Tapi ada seorang gadis yang tersangat 
 cantik memberikan 
 bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia 
 menyuruhku memberitahu  kamu
 bahawa dia sedang menunggu kamu di
 restoran dekat stesen
 ini sekiranya kamu mempelawaku makan
 malam dan bertemu orang
 tuamu.....
 
 Berapa ramaikah manusia yang sesuci 
 hati jejaka ini? Dia 
 melihat kepada hati dan bukan kepada rupa..
 dia telah mengotakan janji nya dan 
 tetap berpegang kepada 
 perasaan sayang walaupun pada mulanya dia
 menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina...
 Betapa indahnya dunia ini jika semua manusia
 harus berfikir seperti dia...
 tetapi masih adakah lagi jejaka sepertinya? 
 Menerima seadanya dengan hati yg tulus dan ikhlas.........
 Fikir-fikirkan....

1 comments:

Syabab Muhsin said...

cuba bayangkan jika wanita yang berada pd tempat lelaki tersebut...tentunya lelaki itu akan berfikir masih adakah lagi wanita sepertinya...hmm...mudah sekali jika kita ni nk menilai org...tpi ingat hidup sebagai manusia ni sebenarnya adlah utk dinilai bkn menilai....maaf kalu x bersangkut paut...waalahualam....

Post a Comment