EPAL MAMPU SUSUTKAN LEMAK TANPA BERDIET
mengurangkan berat badan semudah 1-2-3.
Sumber : Majalah Anis ( Mei 2008)
Hiruk pikuk musim perayaan meninggalkan kita, kini berharap semoga dapat
menyusutkan lemak tambahan hasil bersukaria ‘sempena’ pesta perayaan.
Perbahasa lama Barat ‘makan sebiji epal sehari, tidak perlu melawati doktor’
umum sudah mengetahui. Tetapi kini rombakan saranan itu terkandung dalam
Program 3-epal sehari, ini kerana mampu menyusutkan berat badan sebanyak
beberapa paun. Beberapa tahun lepas, di Bandar Wenatchee, Washington,
Amerika Syarikat, berat badan penduduk di situ mula susut, bukan disebabkan
kurang makan, diet terkini atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan
gaya hidup yang mendatangkan hasil cukup mengejutkan.
Seorang wanita susut 19 paun lemak badannya sepanjang 12 minggu. Manakala
seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangkamasa yang sama.
Keseluruhannya seramau 346 orang mengikuti program tersebut susut lebih
daripada 6,000 paun lemak dalam masa 12 minggu. Bagaimana ia berlaku? Dengan
hanya memakan tiga biji Washington Apples sehari, disamping program pemakan
dan senaman yang seimbang.
Diilhamkan Pakar Pemakanan Berdaftar
Tammi Flynn, ketika itu menjawat pengarah nutrisi sebuah gim tampatan,
menemui formula unik ini. Salah seorang pelanggannya, yang tiada hasil dari
program dietnya – malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan
makanan, mengamalakan memakan sebiji epal sebelum setiap waktu makan.
Hasilnya, dia berjaya menyusutkan satu setengah paun dalam hanya satu minggu.
Flynn mencuba kaedah sama ke atas pelanggannya yang lain dan ia menampakkan
hasil yang hebat. Kejayaan saranan itu menyakinkan seramai 346 penduduk
Wenatchee, mereka menyertai program diet itu dan memakan lebih daripada
87,000 biji Washington Apples selam 12 minggu. Sepanjang tempoh ini mereka
susut sejumlah 6,126 paun lemak.
Program ‘3-Epal-Sehari’ merupakan satu kejayaan
Mudah dan ringkasnya petua saranan program ‘3-Epal-sehari’ menjadikan
program ini cara terbaik bagi menyusutkan berat badan. Ia tidak melibatkan
diet; sekadar diminta memakan sebiji epal sebelum sarapan, tengah hari dan
malam. Disamping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman
berkala membolehkan penurunan lemak badan. Tiada ‘pakej makanan siap’ mahal
untuk anda beli, memadai hanya Washington Apples yang berkhasiat. Ia boleh
dibeli pasaraya atau kedai buah-buahan segar berhampiran. Kajian terbaru
Universiti California-Davis menyokong peranan epal dalam penyusutan lemak
badan. Disebabkan Washington Apples mengandundi banyak fiber – malah
sebanyak 4 hingga 5 gram terkandung dalam sebiji epal – ia membantu
mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak.
Gula semulajadi dalam epal juga menahan keinginan memakan makanan yang
mengandungi kandungan yang tinggi gula prosesnya. Program pemakanan itu,
selain dari Washington apples, melibatkan karbohidrat, protein ringkas,
buah-buahan dan sayuran dan disertai sedikit kandungan lemak penting.
Contohnya:
Ø Sarapan pagi: telur dadar berkejudan secawan bubur.Ø Makan tengah hari: dada ayam salai dengan brokoli kukus dan setengah cawan beras perang.Ø Makan malam: salad salmon salai.
Oleh kerana buah epal menghimpunkan lebih banyak air di dalam perut,
menyebabkan rasa kenyang kekal lebih lama. Suruhanjaya Washington Apples
menyarankan orang ramai yang hendak mengurangkan berat badan memakan sebiji
epal 30 minit sebelum menjamah makanan bagi mengurangkan kelaparan. Jika
mengurangkan berat badan adalah antara azam tahun baru anda, penyelesaiannya
semudah 1…2…3 Washington Apples sehari. Tidak mustahil, dengan menuruti
program ‘3-Epal-Sehari’ dan menghindari diet ‘popular’, penggantian makanan
yang mahal dan kelaparan dipaksa, anda akan mengalami perubahan keseluruhan
penampilan anda! Washington Apples kini boleh didapati pasar raya besar dan
kedai runcit segar di seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan termasuklah Red
Delicious, Granny Smith, Fuji, Gala, Golden Delicious, Jonagold, CrippsPink,
Btaburn dan Cameo.
Mengapa Washington Apple pilihan terbaik buat anda?
- Pokok-pokok disuburi air glasier jernih dari Pergunungan Cascade. Malah, antara penyebab utama Washington Apples begitu berkhasiat adalah kerana 80% jisim epal mengandungi air.
- Pokok tumbuh di tanih lahar subur.
- Pokok dibelai di persekitaran kering yangmenghindarkan serangga dan penyakit.
Sumber:
0 comments:
Post a Comment