Sila Klik

Sunday, January 30, 2011

Info Kesihatan Lelaki




Jangka Hayat Pendek

Tahukah anda penambahan ukuran pinggang kepada 102 sentimeter bagi lelaki dan 88 sentimeter bagi perempuan adalah petanda awal penyakit jantung?  Kajian menunjukkan wanita dikenalpasti lebih terbuka dan gemar mendapatkan nasihat doktor berbanding lelaki.  Ramai lelaki di negara ini menganggap petanda penyakit yang menimpa mereka seperti pening dan demam sebagai gejala biasa.  Mereka lebih gemar mengambil tindakan sendiri dengan membiarkannya atau membeli pil di kedai atau pasar malam.  Antara penyakit  yang sering dihidapi lelaki ialah sakit jantung dan kanser, masalah paru-paru, saluran pemakanan dan prostat.  Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2002, mendapati umur lelaki 5 tahun lebih singkat berbanding wanita.  Ini bermakna lelaki lebih cepat meninggal dunia berbanding wanita.  Laporan WHO mendapati sikap lelaki di Malaysia sama seperti di Australia, Amerika Syarikat , Sweden Britain, China, Jepun, Thailand, Vietnam dan Korea.  Ia juga melaporkan 82 peratus lelaki tidak mendapatkan pemeriksaan doktor lebih satu kali setahun.  Punca lain ialah sikap ego kerana status maskulin mempengaruhi mereka daripada mendapatkan rawatan kesihatan, di samping tabiat buruk seperti merokok, tekanan di tempat kerja, kegemukan, serangan jantung dan kencing manis akibat kurang melakukan aktiviti fizikal.

Agar Tidak Letih Lesu

Jika anda lelaki yang berumur 40-an anda perlu amalkan gaya hidup yang sihat bagi memastikan tahap hormone testosterone tidak menurun.  Penurunan hormon ini membuatkan anda cepat letih, lesu dan mengantuk selepas makan malam.  Apabila ini berlaku anda akan mudah naik angin atau meradang tidak tentu pasal.  Dari segi kesihatan, testosterone penting kerana kekurangan hormon ini akan menyebabkan lelaki mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol dan masalah jantung.  Selain itu, tahap kesuburan lelaki yang memasuki usia 40-an menurun akibat penuaan menyebabkan mereka seperti wanita berisiko mendapat zuriat terencat seperti Sindrom Down.

Pilih Makanan Terbaik

Makanan menurunkan kolesterol seperti kekacang kering, oatmeal, oat bran dan sebarang jenis buah-buahan (dengan kulit) memperbaiki  dihidraulik lelaki.  Kolesterol menyumbat arteri  termasuklah  arteri  yang membolehkan zakar menegang.  Oleh itu, elakkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan bergoreng, mentega dan daging merah kata Harin Padmanathan, M.D, dari Male Clinic Santa Monica dan University of Southern California di Los Angeles.  Cara termudah ialah dengan menghadkan pengambilan lemak kepada 30 peratus kalori atau kurang.

Lelaki Dengan Masalah Prostat

Prostat adalah kelenjar yang terletak di pangkal pundi kencing golongan lelaki dan mengelilingi salur kencing yang juga dikenali sebagai urethra.  Saiznya sebesar kacang walnut sementara fungsinya adalah menghasilkan cecair yang beralkali untuk air mani.  Seperti kelenjar yang lain, beberapa masalah dan penyakit boleh timbul dalam kelenjar prostat.  Penyakit dan masalah utama adalah ‘Benign Prostatic Hyperplasia’ (pembesaran kelenjar prostat) dan kanser prostat.  Pertumbuhan saiz prostat sebegini dapat dilihat di kalangan lelaki berumur 40 tahun ke atas.  Mengikut perangkaan, lebih 50 peratus lelaki pada peringkat umur 40-an mengahdapi asalah ini dan peratusan berkenaan meningkat kepada 75peratus di kalangan mereka yang berumur  80 tahun ke atas.  Bilangan kes BPH di Malaysia kian meningkat dengan bertambahnya bilangan warga emas.  Pada ujian saringan Kempen Kesedaran Prostat Peringkat Kebangsaan 2004, lebih 50 peratus daripada lelaki yang disaring didapati mempunyai gejala ini.  Antara tanda-tanda akibat BPH termasuklah aliran kencing yang kurang baik (poor stream), kerap membuang air kencing (frequency), tidak dapat mengosongkan pundi kencing selepas membuang air kecil (incomplete emptying) dan air kencing menitik selepas selesai membuang air kecil (terminal dribbling).

0 comments:

Post a Comment