Sila Klik

Thursday, January 6, 2011

Sesal- Hasil Marah Paling Nyata



Marah yang terbit daripada sifat takbur, sombong, bongkak dan kebanggaan melahirkan perasaan meninggikan diri, hasad, dengki serta berebut pengaruh.

Ada kalanya kemarahan hanya untuk kepentingan diri, bukan mendidik dan mengajar.

Menahan kemarahan seperti itu perlu banyak maaf (hilm) dan banyak menahan hati (tahallum) kerana marah adalah tabiat diri.
Biasanya jika marah kepada yang disegani, perasaan dipendam dalam hati dan muka menjadi muram.

Jika marah kepada sama usia, muka merah, badan gementar dan ada kalanya terserlah kemarahan itu.

Ada juga sikap marah yang lahir daripada pergaulan dengan orang pemarah.

Disebabkan itu kita juga menjadi mudah marah sebaliknya apabila bergaul dengan orang yang tenang dan lemah lembut, si pemarah akan luntur nafsu marahnya.

Sesal adalah hasil marah paling nyata. Akibat suka marah, kawan semakin kurang, yang dibenci bertambah banyak, musuh bertambah gembira memperolok-olokkan, orang yang dengki bertambah suka mempermainkan. Anak suka sekali mencemuh dan meniru.

Seorang bapa sering memarahi anaknya dengan berkata: “Awas, nanti kamu semua saya ‘timbang’ dengan kaki kiri, dan saya kirimkan masuk kolam.”

Disebabkan sering dimarahi begitu, anak yang mendengar memarahi kawannya dengan kata-kata yang sama. Hasilnya, akibat kesombongan dan sering dimarah bapa menjadi bahan ejekan anaknya.
Sumber: Buku Tasauf Moden - Prof Dr Hamka

0 comments:

Post a Comment