Saat ini, ketika ini, pada waktu ini... hati dan fikiran saya bercelaru. Saya tahu perasaan buruk yang bersarang di dada adalah bisikan syaitan. Suara hati yang menidakkan syariat juga ilham dari syaitan yang sentiasa menggoda anak cucu Adam dengan sumpahnya sampai hari kiamat.
Beginilah kalau kewarasan tidak seiring dengan fikiran. Apabila iman menipis syaitan mula masuk jarum. Saya tahu semua itu, tidak terkecuali kerana saya turut dibekal dengan ilmu agama yang tinggi. Bekas pelajar tahfiz, bukan sedikit ilmu yang tertanam di dada, namun realitinya saya tidak berupaya mempraktikkan apa yang saya pelajari sejajar tuntutan hati dan kemahuan. Astaghfirullah...
Begitulah wanita, walau tinggi ilmu agama namun bila bersangkut soal hati dan perasaan, rasional fikiran selalu diketepikan. Saya buntu, amat-amat buntu bila suami mahu kahwin lagi. Itulah yang membuatkan hati dan perasaan saya buntu dan bercelaru di saat ini, ketika dan pada waktu ini.
Pembaca yang dihormati, saya seorang isteri yang berumur 47 tahun, punya anak tiga yang sudah meningkat dewasa. Perkahwinan saya dan suami sudah 25 tahun tetapi perkenalan kami jauh lebih lama iaitu 35 tahun!
Suami saya tidak kaya tetapi ada paras rupa. Dia ada menjalin hubungan dengan wanita berbangsa Cina. Mereka berkenalan ketika menghadiri kursus dua tahun lalu. Seriusnya hubungan mereka hingga mendorong wanita itu memeluk Islam. Saya pernah meminta wanita itu memutuskan hubungan dengan suami tetapi dia tidak mahu. Suami juga keberatan melepaskan wanita itu. Saya pula minta dilepaskan kerana tidak dapat menerima poligami. Suami pula tidak setuju kerana dia masih sayangkan saya. Suami minta izin berkahwin dengan wanita itu tetapi saya tidak izinkan.
Suami kata dia boleh berlaku adil. Malah sekarang dia menunjukkan lebih kasih sayang dan perhatian pada saya. Namun semua itu saya anggap berpura-pura kerana dia hendak memenangi hati saya supaya terima dimadukan. Saya tidak nafikan saya amat sayangkan suami tetapi bagaimana hati ini boleh meneimanya?
Saya tahu suami mahu bernikah dengan wanita itu, dan tiap-tiap malam juga saya bermunajat pada Allah. Hampir semua permintaan saya dikabulkan kecuali supaya hati suami berubah untuk melupakan wanita itu.
Tidak pasti sama ada saya masih boleh berharap dan terus berdoa untuk tidak melalui poligami iaitu reda yang ini adalah ketentuan Allah. Saya amat sedih sekarang ini. Bagaimana saya boleh percaya suami tidak akan melebihi wanita itu daripada saya?
Sungguh ujian Allah SWT kepada saya bukan ujian yang ringan, apalagi bagi saya sebagai isteri yang selalu mendambakan kasih sayang penuh daripada suami dan orang-orang di sekeliling. Meski saya tahu bahawa setiap ujian berat itu hanya diberikan kepada orang yang keimananya tinggi. Allah tidak membebani seseorang kecuali dengan kesanggupannya. Subhanallah....
Saya selalu mengingatkan diri saya, saya boleh memikul beban berat ini. Saya memujuk diri supaya berfikiran positif, mampu mengatasi dan tidak berlarut-larutan dalam kesedihan. Namun diri saya tidak kuat, tidak terdaya menepis semua rasa tidak mampu, yang akhirnya membuatkan saya rugi sendiri.
Saya cuba merancang beberapa langkah demi langkah secara bertahap untuk mengatasi masalah ini dengan suami. Pertama yang saya lakukan adalah melakukan komunikasi dari hati ke hati dengan suami, tentang perasaan masing-masing. Apakah suami mencintai saya? Apa kekurangan saya selama ini hingga dia berpaling kepada wanita lain? Saya bermuhasabah diri, memang saya dan suami mempunyai kekurangan masing-masing namun apakah alasannya cukup wajar untuk berpoligami?
Saya sudah berterus-terang mengenai perasan saya jika nanti saya menjadi isteri yang dimadukan, agar dia dapat memahami dan meminimumkan perasaan negatif saya. Wajar saya rasa jika seorang isteri merasa cemburu, maka bagaimanakah sikapnya nanti dalam mengatasi rasa cemburu saya? Konsep adil yang bagaimana yang suami yang akan laksanakan. Dapatkah dia terus berpegang kepada aturan agama sedangkan dia sudah melakukan kesalahan mengkhianati kesetian dan kepercayaan saya?
Semua soalan dan permasalahan yang saya lontarkan itu, suami anggap dia berupaya menanganinya. Bagaikan persoalan remeh baginya. Ini membuatkan perasaan saya tambah tergores. Itu memang kata-kata manis lelaki untuk berpoligami. Buktinya cukup banyak, setelah apa yang dihajati tercapai, janji manis itu akan menjadi debu berterbangan, hilang entah ke mana dibawa angin lalu. Akhirnya isteri juga yang menanggung derita dan sengsara!
Puas saya menyedarkan suami, agar menjadi hamba yang baik di hadapan Allah, jika dia dapat berbuat baik di hadapan Allah, insyaAllah dia tidak ada masalah untuk berbuat baik dengan isterinya. Memang, saya tidak nafikan poligami itu dibenarkan, namun jika tidak mampu berlaku adil, agama menyarankan untuk beristeri seorang sahaja. Pada saya jika suami berniat lurus mahu berdakwah dengan wanita itu dia tidak perlu berkahwin dengan wanita itu. InsyaAllah pahalanya tetap mengalir sebagai amal jariah kerana telah mengislamkan wanita itu.
Tetapi masalahnya sekarang wanita itu pula tidak mahu meninggalkan suami saya. Sudah ada ikatan emosi antara mereka berdua hingga memaksa suami membuat keputusan untuk berpoligami. Realitinya masalah ini bukan hanya berpunca daripada suami saya tetapi juga dari pihak sebelah sana.
Masalah rumit seperti ini tidak hanya boleh diselesaikan oleh saya dan suami. Saya memerlukan bantuan daripada anggota keluarga kami, atau pihak lain seperti kaunselor di pejabat agama. Hal ini selain dari suami ada kepentingan sendiri, saya juga mempunyai hak serta anak-anak yang juga mempunyai keperluan terhadap ayahnya.
Bukan saya tidak memikirkan kesannya jika saya bercerai dan kesan jika saya tetap bersama suami walau pun dia berpoligami. Mana yang lebih maslahat? Mana mudharat yang paling kecil? Saya masih tidak dapat memilih walau pun telah melakukan solat istikharah.
Ya Allah, berilah aku ilham dalam menyelesaikan kebuntuan ini. Adakah saya perlu belajat menerimanya dengan ikhlas, menerima ketentuan ini dengan reda? Ya, mungkin keikhlasan adalah jawapan kepada semua kekusutan, kerana keikhlasan itu adalah penyembuh. Jika saya ikhlas, saya menjadikan semua tujuan hidup saya adalah semata-mata kerana Allah SWT. Saya berdoa agar dengan tetap menjadikan Allah sebagai sumber cinta saya yang pertama, apa-apa pun yang terjadi akan dapat saya terima dengan hati yang tenang. Wallahua'lam.
PETIKAN DARI MAJALAH
Sila Klik
Monday, January 31, 2011
Bimbang Poligami Bawa Musibah
Renungan: Kisah Dua Malaikat dan Sayangnya Allah Pada HambaNya
Assalamualaikum wr wb,
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"
Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"
Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.
Al-Quran:
"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".RENUNGAN KITA BERSAMA
Sunday, January 30, 2011
Info Kesihatan Lelaki
Jangka Hayat Pendek
Tahukah anda penambahan ukuran pinggang kepada 102
sentimeter bagi lelaki dan 88 sentimeter bagi perempuan adalah petanda awal
penyakit jantung? Kajian menunjukkan
wanita dikenalpasti lebih terbuka dan gemar mendapatkan nasihat doktor berbanding
lelaki. Ramai lelaki di negara ini
menganggap petanda penyakit yang menimpa mereka seperti pening dan demam
sebagai gejala biasa. Mereka lebih gemar
mengambil tindakan sendiri dengan membiarkannya atau membeli pil di kedai atau
pasar malam. Antara penyakit yang sering dihidapi lelaki ialah sakit
jantung dan kanser, masalah paru-paru, saluran pemakanan dan prostat. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
pada 2002, mendapati umur lelaki 5 tahun lebih singkat berbanding wanita. Ini bermakna lelaki lebih cepat meninggal
dunia berbanding wanita. Laporan WHO
mendapati sikap lelaki di Malaysia sama seperti di Australia, Amerika Syarikat
, Sweden Britain, China, Jepun, Thailand, Vietnam dan Korea. Ia juga melaporkan 82 peratus lelaki tidak
mendapatkan pemeriksaan doktor lebih satu kali setahun. Punca lain ialah sikap ego kerana status
maskulin mempengaruhi mereka daripada mendapatkan rawatan kesihatan, di samping
tabiat buruk seperti merokok, tekanan di tempat kerja, kegemukan, serangan
jantung dan kencing manis akibat kurang melakukan aktiviti fizikal.
Agar Tidak Letih Lesu
Jika anda lelaki yang berumur 40-an anda perlu amalkan gaya
hidup yang sihat bagi memastikan tahap hormone testosterone tidak menurun. Penurunan hormon ini membuatkan anda cepat
letih, lesu dan mengantuk selepas makan malam.
Apabila ini berlaku anda akan mudah naik angin atau meradang tidak tentu
pasal. Dari segi kesihatan, testosterone penting
kerana kekurangan hormon ini akan menyebabkan lelaki mengalami pelbagai
masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol dan masalah jantung. Selain itu, tahap kesuburan lelaki yang
memasuki usia 40-an menurun akibat penuaan menyebabkan mereka seperti wanita
berisiko mendapat zuriat terencat seperti Sindrom Down.
Pilih Makanan Terbaik
Makanan menurunkan kolesterol seperti kekacang kering,
oatmeal, oat bran dan sebarang jenis buah-buahan (dengan kulit) memperbaiki dihidraulik lelaki. Kolesterol menyumbat arteri termasuklah arteri yang membolehkan zakar menegang. Oleh itu, elakkan makanan tinggi kolesterol
seperti makanan bergoreng, mentega dan daging merah kata Harin Padmanathan,
M.D, dari Male Clinic Santa Monica dan University of Southern California di Los
Angeles. Cara termudah ialah dengan
menghadkan pengambilan lemak kepada 30 peratus kalori atau kurang.
Lelaki Dengan Masalah Prostat
Prostat adalah kelenjar yang terletak di pangkal pundi
kencing golongan lelaki dan mengelilingi salur kencing yang juga dikenali
sebagai urethra. Saiznya sebesar kacang
walnut sementara fungsinya adalah menghasilkan cecair yang beralkali untuk air
mani. Seperti kelenjar yang lain,
beberapa masalah dan penyakit boleh timbul dalam kelenjar prostat. Penyakit dan masalah utama adalah ‘Benign
Prostatic Hyperplasia’ (pembesaran kelenjar prostat) dan kanser prostat. Pertumbuhan saiz prostat sebegini dapat
dilihat di kalangan lelaki berumur 40 tahun ke atas. Mengikut perangkaan, lebih 50 peratus lelaki
pada peringkat umur 40-an mengahdapi asalah ini dan peratusan berkenaan
meningkat kepada 75peratus di kalangan mereka yang berumur 80 tahun ke atas. Bilangan kes BPH di Malaysia kian meningkat
dengan bertambahnya bilangan warga emas.
Pada ujian saringan Kempen Kesedaran Prostat Peringkat Kebangsaan 2004,
lebih 50 peratus daripada lelaki yang disaring didapati mempunyai gejala
ini. Antara tanda-tanda akibat BPH
termasuklah aliran kencing yang kurang baik (poor stream), kerap membuang air kencing
(frequency), tidak dapat mengosongkan pundi kencing selepas membuang air kecil
(incomplete emptying) dan air kencing menitik selepas selesai membuang air
kecil (terminal dribbling).
Info Pemakanan
Beberapa info yang boleh dijadikan panduan dalam pemilihan makanan setiap hari. Panduan di bawah boleh diikuti:
Sebiji Oren Setiap Hari
Tambahkan sekurang-kurangnya 50 gram vitamin C dalam diet seharian. Ianya dapat membantu menyihatkan jantung anda. Oleh itu, amalkan memakan oren sekurang-kurangnya sebiji pada setiap hari untuk jantung yang sihat.
Makanan Untuk Elak Buasir
Menurut pengkaji dari Universiti Florida, Dr Chad Hutchinson, sejenis kentang yang dikenali sebagai Spud-U-Lite dari Belanda adalah antara kentang yang paling rendah kandungan karbohidratnya iaitu dengan hanya dua pertiga berbanding kentang biasa. Memakannya menyebabkan rasa kenyang dan tidak perlu mengambil makanan lain lagi.
Makanan Bervitamin K
Vitamin K diperlukan untuk pengeluaran prothrobin untuk pembekuan darah dan mencegah berlakunya pereputan tulang serta osteoporosis. Vitamin K berperanan penting untuk saluran usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan di dalam hati. Tiga jenis vitamin K ialah K1, K2 dan K4. Kekurangan vitamin K menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus dan saluran kencing. Sumber vitamin K antaranya adalah asparagus, kobis, putih telur, taugeh, kacang spoya, gandum dan yogurt.
Ikan Berdaging Putih
Kandungan asid lemak Omega 3 dalam ikan mempu mengurangkan risiko penyakit jantung. kandungan lemak dan kolesterol dalam ikan berdaging putih adalah sangat rendah. Setiap 180gram ikan ini menhgandungi kira-kira 100 kalori dan 1-3 gram lemak boleh larut. Manakala ikan berdaging merah mengandungi lebih banyak lemak dan kalori iaitu 170 kalori dan 5-8 gram lemak.
Rojak Berlemak Tinggi
Sepinggan rojak dipercayai mengandungi kira-kira 51.2 gram atau 61 peratus kandungan lemak. Seorang dewasa hanya memerlukan lemak daripada pengambilan makanan yang tidak melebihi 50 gram hingga 80gram lemak sehari. Jumlah termasuklah makanan yang diambil secara mentah biarpun dalam bentuk tambahan seperti minyak yang digunakan dalam masakan. Justeru, jangan makan rojak setiap hari!
Kebaikan Hidangan Panggang dan Bakar
Membakar atau memanggang daging seperti daging lembu, ayam atau kambing adalah teknik memasak yang lebih menyihatkan berbanding kaedah memasak yang lain. Ini kerana lebihan lemak akan mencair dan menitis daripada daging ke dulang penapis. Begitu juga dengan sayur-sayuran, memasaknya dengan cara memanggang lebih menyihatkan berbanding merebus. Untuk mengekalkan zat di dalam sayuran secara maksimum, jangan buang atau tanggalkan kulit sayur-sayuran sebelum memanggangnya.
Kurangi Garam
Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi banyak garam. Sentiasa pastikan pengambilan garam tidak melebihi satu sudu kecil sehari atau bersamaan 2300 mg.
Mengamalkan Minum Teh Hijau Setiap Hari
Teh hijau mampu membakar lemak yang tidak diingini. Teh ini sangat bagus bagi orang yang cuba untuk menurunkan berat badan. Ia meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan dalam masa yang sama membakar lebihan lemak dan kalori. ianya juga sedap dan amat bermanfaat.
Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan
Minumlah kopi dan berkumurlah beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan seterusnya isyarat dihantar melalui otak untuk menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

- Pisang dan oren membantu membekalkan vitamin C dan mineral kepada tubuh.
- Betik mengandungi enzim dan mineral yang melancarkan proses pencernaan.
- Kombinasikan sayur-sayuran yang berwarna hijau gelap
- Kentang manis yang menyediakan serat, vitamin B, zat besi serta potassium.
- Minum jus setiap hari seperti jus ceri, blackberries dan bluberries
Menurut pengkaji dari Universiti Florida, Dr Chad Hutchinson, sejenis kentang yang dikenali sebagai Spud-U-Lite dari Belanda adalah antara kentang yang paling rendah kandungan karbohidratnya iaitu dengan hanya dua pertiga berbanding kentang biasa. Memakannya menyebabkan rasa kenyang dan tidak perlu mengambil makanan lain lagi.
Makanan Bervitamin K
Vitamin K diperlukan untuk pengeluaran prothrobin untuk pembekuan darah dan mencegah berlakunya pereputan tulang serta osteoporosis. Vitamin K berperanan penting untuk saluran usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan di dalam hati. Tiga jenis vitamin K ialah K1, K2 dan K4. Kekurangan vitamin K menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus dan saluran kencing. Sumber vitamin K antaranya adalah asparagus, kobis, putih telur, taugeh, kacang spoya, gandum dan yogurt.
Ikan Berdaging Putih
Kandungan asid lemak Omega 3 dalam ikan mempu mengurangkan risiko penyakit jantung. kandungan lemak dan kolesterol dalam ikan berdaging putih adalah sangat rendah. Setiap 180gram ikan ini menhgandungi kira-kira 100 kalori dan 1-3 gram lemak boleh larut. Manakala ikan berdaging merah mengandungi lebih banyak lemak dan kalori iaitu 170 kalori dan 5-8 gram lemak.
Rojak Berlemak Tinggi
Sepinggan rojak dipercayai mengandungi kira-kira 51.2 gram atau 61 peratus kandungan lemak. Seorang dewasa hanya memerlukan lemak daripada pengambilan makanan yang tidak melebihi 50 gram hingga 80gram lemak sehari. Jumlah termasuklah makanan yang diambil secara mentah biarpun dalam bentuk tambahan seperti minyak yang digunakan dalam masakan. Justeru, jangan makan rojak setiap hari!
Kebaikan Hidangan Panggang dan Bakar
Membakar atau memanggang daging seperti daging lembu, ayam atau kambing adalah teknik memasak yang lebih menyihatkan berbanding kaedah memasak yang lain. Ini kerana lebihan lemak akan mencair dan menitis daripada daging ke dulang penapis. Begitu juga dengan sayur-sayuran, memasaknya dengan cara memanggang lebih menyihatkan berbanding merebus. Untuk mengekalkan zat di dalam sayuran secara maksimum, jangan buang atau tanggalkan kulit sayur-sayuran sebelum memanggangnya.
Kurangi Garam
Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi banyak garam. Sentiasa pastikan pengambilan garam tidak melebihi satu sudu kecil sehari atau bersamaan 2300 mg.
Mengamalkan Minum Teh Hijau Setiap Hari
Teh hijau mampu membakar lemak yang tidak diingini. Teh ini sangat bagus bagi orang yang cuba untuk menurunkan berat badan. Ia meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan dalam masa yang sama membakar lebihan lemak dan kalori. ianya juga sedap dan amat bermanfaat.
Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan
Minumlah kopi dan berkumurlah beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan seterusnya isyarat dihantar melalui otak untuk menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
Saturday, January 29, 2011
Cerita Lucu
Bayar Yuran
Seorang pemimpin persatuan sedang memberi ucapan di hadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajipan membayar yuran persatuan dengan rela hati.
“Adalah menjadi satu penghormatan bagi kia jika dapat maembayar yuran persatuan dengan penuh senyuman’ kata pemimpin dengan penuh hemah.
Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan.
“ Oh syukurlah kepada Tuhan…mulanya saya ingat yang yuran mesti dibayar dengan wang”
Jenama Didi
Seorang jurujual sedang mempromosikan produk syarikatnya kepada pelajar sebuah kolej.oleh Sebelum mengesyorkan produknya beliau terlebih dahulu bertanyakan produk yang digunakan oleh pelajar tersebut.
“ Sabun apa yang anda guna selama ini?”
Dengan selamba pelajar itu menjawab “ Sabun Didi.”
“ Kalau syampu anda guna syampu apa?”
“Syampu Didi”, jawab pelajar berkenaan.
“Bagaimana dengan pencuci muka dan minyak rambut?”
“ Pencuci muka Didi dan minyak rambut Didi”, jawabnya lagi.
Dengan rasa kecewa jurujual itu bertanya lagi, “Saya tidak pernah dengar jenama Didi, produk dari mana tu?’ Tanya jurujual dengan rasa ingin tahu.
Bukan jenama tetapi barang kawan sebilik saya, nama dia Didi!
Kadir Kehilangan Keldai
Alkisah, setelah kehilangan keldai, Kadir mengangkat tangan tanda bersyukur kepada Tuhan.
“Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu, aku telah kehilangan keldaiku”. Seorang sahabat telah mendengar kata-kata tersebut dan bertanya.
“Kamu kehilangan keldai tetapi mengucapkan syukur? “
“Aku bersyukur kepadaNya kerana telah mentakdirkan aku tidak menaiki keldai ketika ia hilang. Kalau tidak pasti aku pun turut hilang.
Ular Yang Stres
Seekor ular tua yang mempunyai masalah rabun telah menemui doktor. Dia telah mengadu kepada doktor masalah matanya yang semakin teruk. Doktor akhirnya memberinya cermin mata dan menyuruhnya datang selepas dua minggu lagi.
Selepas 2 minggu ular itu datang lagi dan berkata “ Doktor, tolonglah saya kerana saya benar-benar tertekan! “Kenapa tertekan? Cermin mata itu tidak berkesan ke? Tanya doktor dengan kehairanan.
“Sebenarnya cermin mata itu berkesan tetapi yang membuatkan saya tertekan ialah selama ini baru saya tahu bahawa saya telah berkawan dengan paip getah!
Keluar Masuk Disko
Seorang ibu muda mengadu kepada kawannya, “Aku terpaksa minta cerai dari suamiku..”
Kawannya lantas bertanya, “Kenapa? Apa masalah engkau hingga nak minta cerai?’
Hampir tiap malam dia keluar masuk disko”, jawab ibu muda itu dengan susah hati.
“Ooohhh…kaki disko rupanya ye?” tanya kawanya lagi, mula menunjukkan simpati.
Taklah…tapi hampir setiap hari dia ke sana kerana mencari aku!
Friday, January 28, 2011
Kisah Tauladan- Baldi Yang Bocor
Ada sebuah taman yang indah, dan tukang kebunnya sangat bangga dengan taman itu. Ia menjaga kebunnya dengan hati yang riang.. Setiap hari dia akan berjalan ke gudang taman kecil yang terletak dihujung dari taman itu. Di sana, ia akan mengisi baldi penyiram dengan air yang jernih dari sungai kecil berhampiran taman. Ia akan membawa baldi itu ke kebun bunga untuk menyirami bunga-bunganya.
Dia menggunakan dua baldi, untuk menyiram bunga yang ia simpan di gudang taman itu. Salah satu baldi masih berkilat dan baru dibeli dari sebuah kedai tanaman.. Manakala baldi yang satu lagi sudah buruk dan tua. Baldi itu sudah lama melakukan tugasnya untuk menyiram tanaman dengan setia, tetapi sekarang dia sudahtidak berdaya lagi.Kebiasaannya tukang kebun itu akan mengisi kedua baldi itusetiap hari dan membawa kedua baldi itu serentak ke kebun bunga. Baldi yang baru merasa sangat bangga akan dirinya. Dia dapat menampung penuh air sepanjang perjalanan menuju kebun bunga tanpa menumpahkan air sedikit pun.. Baldi yang lama merasa malu bila dibandingkan. Dia tahu dia sudah mempunyai lubang-lubang kecil .Setiap pagi, dia sangat sedih melihat dirinya ketika sampai di taman bunga telah menumpahkan banyak air sepanjang jalan yang dilalui.
Kadang-kadang mereka berbicara satu sama lain ketika dibawa berdampingan oleh tukang kebun.
“Lihat betapa hebatnya saya.” Kata baldi baru menyombongkan diri. “Bagaimana hebatnya saya bila si tukang kebun dapat membawa air sepenuh mungkin untuk taman bunganya setiap harinya. Saya hairan mengapa ia masih menggunakan kamu padahal kamu hanya usaha yang sia-sia.”
baldi tua menjawab, “Saya tahu, saya hanya usaha yang sia-sia tetapi itulah yang terbaik yang dapat saya berikan. Saya senang masih digunakan untuk membantu tukang kebun itu.”
Suatu hari tukang kebun itu mendengar percakapan mereka. Ketika ia sampai ke taman bunga, ia menyirami bunga seperti biasan. Ia menyiram penuh air dari baldi yang baru dan setengah penuh air dari air yang tersisa dari baldi tua yang bocor. Ketika sudah kosong, ia mengangkat kedua baldi itu dan berkata kepada mereka, “Terima kasih kepada kalian berdua. Kalian telah mengerjakan tugas kalian dengan baik. Sekarang saya akan mengembalikan kalian ke dalam gudang tetapi t dalam perjalanan pulang, kalian perhatikan jalan yang kita lewati setiap hari.”
Kedua baldi itu mengikuti permintaan tukang kebun. Mereka memperhatikan sepanjang jalan yang dilalui. Di sisi baldi baru, hanya ada tanah kering, tetapi di sisi yang lain, di sisi dimana dilalui baldir tua yang bocor, ada barisan rumput muda yang segar. Barisan itu dalam waktu dekat akan berubah menjadi barisan bunga liar yang cantik sepanjang jalan dari gudang ke taman bunga.
Kisah Tauladan - Imam Ghazali Berguru Dari Perompak
Suatu ketika sampai masa untuk dia pulang ke kampung halaman. Dia mengemaskan barang-barangnya dan membawa sekali beg yang berisi nota-notanya. Dalam perjalanan pulang kafilahnya telah diserang oleh perompak. Setiap bungkusan, barang dan juga beg diperiksa. Tiba giliran Imam Ghazali, lalu dia berkata "Kamu boleh ambil apa sahaja yang kamu mahu, tetapi jangan beg ini. Para Perompak mengesyaki sesuatu yang berharga tersimpan di dalamnya lalu merampas beg tersebut. Namun apa yang mereka dapati hanyalah helaian kertas yang tidak berharga dan merasakan diri mereka ditipu. Kata mereka " Apakah ini yang dikatakan barang berharga bagimu? Apa yang kamu lakukan dengan kertas buruk ini? soal ketua perompak. Jawab Imam Ghazali, " Ini adalah hasil aku belajar bertahun-tahun selama ini. Semua catitan ini kuambil dari guruku. Jika kalian rampas nota-nota ini, maka hilanglah ilmu yang aku pelajari selama ini" jawab Imam Ghazali.
Seluruh usia muda Imam Ghazali dihabiskan dengan menuntut ilmu dari beberapa orang tokoh ulamak yang terkenal zamannya. Segala nota dan ilmu catitan yang dipelajarinya selama ini disimpan baik-baik dalam satu beg.
" Jika begitu kamulah orang paling bodoh, catitan yang kamu tulis itu bukanlah ilmu namanya jika kamu tidak memahami, mengingati serta menghafalnya. Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini, bagaimana keadaanmu? Ini bererti ilmu mu dapat dicuri! Balas ketua perompak. Imam Ghazali terpegun mendengar hujah yang tepat dari ketua perompak itu.. Mulai dari saat itulah Imam Ghazali menghafal kembali segala ilmu-ilmunya dan dimasukkan ke dalam ingatannya. Selepas ini tiada siapa lagi yang boleh mencuri ilmunya.
Kasih Seorang Ayah -
Al Fatihah ....buat ayah tersayang yang telah
kembali ke Rahmatullah tanggal 1 Julai 2002.
Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, anak perempuan yang sedang bekerja di perantauan, anak perempuan yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, anak perempuan yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya…..akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya.
Jarang sangat dengar yang rindu pada ayah. Kalau telefon, biasanya bercakap dengan ibu. Lalu bagaimana dengan Ayah?
Mungkin juga bertanya khabar anak setiap hari, tapi pernahkah kalian terfikir ayah yang minta ibu menelefon bertanya khabar?
Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, Ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berkongsi pengalaman, tapi tahukah kamu, bahawa kembalinya ayah bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu bertanyakan ibu tentang khabar mu dan apa yang kau lakukan seharian?
Pada ketika kamu masih kecil…… ayah biasanya mengajar kamu naik basikal. Dan setelah ayah merasakan kamu sudah pandai , ayah akan membuka roda tiga di basikalmu…
Tapi biasanya ibu akan menegah : “Jangan buka dulu rodanya bang, mungkin dia belum cukup pandai,"Ibu seringkali takut puterinya terjatuh dan tercedera….
Tapi sebagai seorang bapa walau terselit perasaan risau ayah dengan penuh yakin dan sabar akan membiarkanmu, memerhatikan mu dan menjagamu mengayuh basikal dengan penuh perhatian kerana dia tahu puteri kecilnya boleh melakukan...
Di ketika kamu menangis merengek meminta mainan yang baru, ibu akan merasa hiba... Tetapi ayah akan memujuk dengan tegas, nanti ayah belikan ya, tapi ayah tidak boleh beli sekarang!"
Bukan ayah sampai hati berbuat demikian, tetapi ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan mendapat apa yang kamu minta, dan ini pastinya merosakkan perilaku kamu kelak....
Bila kamu diserang demam ayah akan turut merasa khuatir, biarpun sering dilihat ibu yang kerap datang mengusap dan membelai.
Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar risau memikirkanmu.
Ketika kamu sudah menginjak remaja….
Kamu mula meminta daripada ayah untuk keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: “Tidak boleh!”.
Bukan juga kerana ayah tidak mahu memenuhi keinginan remaja mu keluar dengan teman-teman tetapi ayah baersikap demikian kerana untuk menjagamu?
Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat – sangat luar biasa berharga..
Tetapi sayangnya kamu tidak memahami, kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil menghempas pintu…
Dan yang datang mengetuk pintu dan memujukmu adalah ibu….
Sedangkan di saat itu hati tua ayah turut tersentuh, memejam mata dan menahan perasaan....bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, tapi dia lebih harus menjagamu...
Ketika ada pemuda mulai menghubungi mu , atau sesekali datang ke rumah untuk menemuimu,
Ayah akan cuba sebaik mungkin memaniskan wajahnya....
Ada ketikanya ayah sesekali memasang telinga saat kamu sedang bebicara berdua di ruang tamu..
Bukan kerana ayah ingin mengongkongmu tetapi di hati ayah tetap terselit perasaan risau....kerana kamuanak gadisnya....
Bila ayah merasa sedikit percaya pada mu, ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah tetapi di atas kepercayaan itu kamu mulai sedikit demi sedikit melanggar peraturan, pulang jauh lewat malam...
Maka berjagalah ayah di malam itu menunggu mu di ruang tamu, kerisauan ayah tidak bertepi....
Ketika melihat puterinya pulang jauh malam, hati ayah sedikit membara dan ayah akan memarahimu, tetapi kamu menarik muncung panjang dan meninggalkan ayah di ruang tamu,tanpa kamu menghargai perasaan risau ayah kerana kamu seorang perempuan...
Setelah tamat pengajian menengah, ayah mula memaksamu untuk melanjut pengajian di universiti. Apa yang ayah lakukan adalah demi masa depanmu....
Pun begitu ayah tetap tersenyum dan memberi sokongan kepadamu walau pun pilihanmu tidak seiring dengan pilihan ayah...
Ketika kamu menjadi gadis dewasa…..dan kamu perlu pergi meneruskan pengajian ditempat lain…
Ayah harus melepaskan mu....namun dengan rasa risau dan khuatir...bimbang anak gadisnya....
Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu?
Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini dan itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. .
Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.
Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di tubir matanya, dan menepuk bahumu seraya berkata “Jaga dirimu baik-baik ya anak ayah”.
Ayah melakukan itu semua agar kamu kuat…kuat untuk pergi dan menjadi insan berguna..
Di saat kamu memerlukan wang untuk membiayai pengajian di universiti , orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah.
Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya sama merasa dengan teman-temannya yang lain.
Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta boneka baru, dan ayah tahu ia tidak dapat memberikan yang kamu inginkan….
Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : “Tidak….. ayah tak dapat beli!”
Padahal dalam hati ayah, dia Ia sangat ingin mengatakan “Iya nak, nanti ayah belikan untukmu”.
Tahukah kamu bahwa pada saat itu ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?
Bila saatnya kamu lulus pengajian tinggimu
Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.
Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat “puteri kecil dulunya tidak manja dan telah menjadi dewasa, dan telah menjadi seseorang”
Sampai jugag saat seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.
Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin..
Karena ayah tahu……
Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan dirinya nanti...
Dan akhirnya….
Saat ayah melihatmu duduk di pelaminan bersama seseorang lelaki yang di nggapnya pantas menggantikannya, ayah pun tersenyum bahagia…..
Namun tanpa kamu sedari ayah pasti akan berseorangan seketika dan menitiskan air mata...
Ayah menangis kerana ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa…..
Dalam lirih doanya kepada Tuhan, ayah berkata:
“Ya Allah, ya Tuhanku …..Puteriku kini telah menjadi wanita dewasa ….
Bahagiakanlah ia bersama suaminya…Moga hidupnya sentiasa dirahmati..”
Setelah itu ayah hanya menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk…
Ayah telah menyelesaikan tugasnya menjagamu …..
Ayah, Bapak, atau Abah kita…Adalah insan yang sentiasa kelihatan kuat…biar ada ketikanya hatinya seringkali terluka...
Dia juga amat berpada-pada bila dia ingin memanjakan mu......
Kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah rela berkorban....

Wahai anak, biar bila masa dan ketika pun, ayah tetap akan mendoakan mu, semoga kamu menjadi anak yang rela berkorban untuk orang tua mu..... .
Kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah rela berkorban....
Wednesday, January 26, 2011
Batu Rubi yang Cacat
Alkisah, ada seorang raja yang kaya dan berkuasa. Sang raja mempunyai sebuah batu rubi yang sangat besar dan indah yang harganya tidak ternilai. Batu permata ini berasal dari kemakmuran, kekayaan, dan kekuasaannya. Setiap hari, Raja akan selalu memandangi batu permata itu dengan sangat bangga.
Pada suatu hari, dia sangat cemas dalam ketakutan. Dia menemukan batu rubinya telah tergores. Dia merasa dukacita. Apa yang harus dia lakukan?
Pada suatu hari, dia sangat cemas dalam ketakutan. Dia menemukan batu rubinya telah tergores. Dia merasa dukacita. Apa yang harus dia lakukan?
Dia lalu memanggil semua tukang permata di seluruh negeri untuk memeriksanya dan melakukan sesuatu untuk memperbaikinya. Para tukang permata itu sepakat dalam pendapat bahwa perbaikan yang dilakukan akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Sang raja menjadi putus asa, dan menawarkan sebuah hadiah besar kepada tukang permata yang dapat memperbaiki batu rubinya. Beberapa tukang permata datang untuk mencuba kebolehan masing-masing, tetapi semua tidak dapat melakukan apapun terhadap batu itu.
Beberapa hari kemudian, seorang pelayan raja melaporkan bahwa dia mendengar cerita tentang seorang bekas tukang permata yang tinggal di daerah terpencil di negeri itu. Tukang permata ini dikenal sangat berpengalaman dalam mengatasi kerosakan permata asli. Maka, segeralah tukang permata itu dipanggil ke istana, dan beberapa hari kemudian, dia datang. Dia seorang tua bungkuk yang kecil dalam balutan pakaian yang lusuh. Para pembesar istana memandangnya dengan penuh hina dan mengatakan pada raja bahwa baginda hanya membuang waktu saja. Akan tetapi, raja tetap berkeras menyuruh tukang permata itu melihat batu rubinya yang rosak itu..
Tukang permata itu memandangi batu rubi sambil berfikir beberapa waktu, hingga kemudian dia berkata kepada raja, “Patik tidak dapat memperbaiki batu rubi tuanku, tapi jika tuanku berkenan, patik dapat membuatnya lebih indah.”
Sang raja sedikit merasa ragu, tapi merasakan tiada apa lagi pilihan yang ada, akhirnya baginda bersetuju. Maka, si tukang permata memulakan kerjanya; memotong dan menggosok batu rubi itu. Beberapa hari kemudian, dia datang kembali. Di atas batu permata raja yang murni itu, dia telah memahat bunga mawar yang sangat indah dan rumit yang alurnya dibentuk dari goresan yang telah membuatnya cacat.
Moral dari cerita di atas, jangan menilai seseorang berdasarkan luarannya dan setiap kekurangan pada satu perkara dilengkapi dengan kelebihan di sisi yang lain, kehidupan di dunia tetap ada pasang surutnya. Andainya ada kekurangan pada diri kita, yakinlah telah Allah lengkapkan kelebihan kita di sudut yang lain. Apa yang penting kita hendaklah menjadi manusia yang tahu bersyukur...
(dikutip dari: One Hundred Wisdom Stories from Around the World, hal. 58, Margaret Silf, 2003)
Jasa Bonda - Dedikasi Buat Semua Anak
Saat kau berumur 15 tahun, dia pulang kerja ingin memelukmu.
Sebagai balasannya, kau kunci pintu bilik..
Saat kau berumur 16 tahun, dia menunjuk ajar dikau memandu.
Sebagai balasannya, kau menggunakan keretanya setiap ada kesempatan tanpa peduli kepentingannya.
Sebagai balasannya, kau menggunakan keretanya setiap ada kesempatan tanpa peduli kepentingannya.
Saat kau berumur 17 tahun, dia sedang menunggu panggilan telefon yang sangat penting.
Sebagai balasannya, kau menggunakan telefon semalaman.
Sebagai balasannya, kau menggunakan telefon semalaman.
Saat kau berumur 18 tahun, dia menangis terharu ketika kau lulus Sijil Menengah mu
Sebagai balasannya, kau meraikannya dengan teman-teman hingga pagi.
Sebagai balasannya, kau meraikannya dengan teman-teman hingga pagi.
Saat kau berumur 19 tahun, dia membayar yuran pengajianmu dan menghantarmu di hari pertama mendaftar di kampus
Sebagai balasannya, kau minta diturunkan jauh dari pintu utama kampus agar kau tidak malu di depan teman-temanmu.
Sebagai balasannya, kau minta diturunkan jauh dari pintu utama kampus agar kau tidak malu di depan teman-temanmu.
Saat kau berumur 20 tahun, dia bertanya, “Dari mana nak seharian ini?”
Sebagai balasannya, kau jawab, “Ah, cerewetnya ibu ni, semua urusan nak masuk campur!”
Sebagai balasannya, kau jawab, “Ah, cerewetnya ibu ni, semua urusan nak masuk campur!”
Saat kau berumur 21 tahun, dia mengesyorkan pekerjaan yang bagus untuk pembinaan kariermu di masa depan. Sebagai balasannya, kau katakan, “Aku tidak suka pekerjaan itu, Ibu.”
Saat kau berumur 22 tahun, dia memelukmu dengan penuh haru saat kau lulus pengajian tinggi mu
Sebagai balasannya, kau tanya dia bila ibu hendak memberi mu hadiah.
Saat kau berumur 23 tahun, dia membelikanmu kelengkapan perabot untuk rumah barumu.
Sebagai balasannya, kau ceritakan pada temanmu perabot itu tidak memenuhi citarasa mu
Sebagai balasannya, kau ceritakan pada temanmu perabot itu tidak memenuhi citarasa mu
Saat kau berumur 24 tahun, dia bertemu dengan tunanganmu dan bertanya tentang rencananya di masa depan.
Sebagai balasannya, kau mengeluh, “kenapa ibu ni, tanya soalan yang bukan-bukan?
Sebagai balasannya, kau mengeluh, “kenapa ibu ni, tanya soalan yang bukan-bukan?
Saat kau berumur 25 tahun, dia membantumu membiayai pernikahanmu.
Sebagai balasannya, kau pindah jauh ke tempat lain
Sebagai balasannya, kau pindah jauh ke tempat lain
Saat kau berumur 30 tahun, dia memberikan beberapa nasiha, panduan dan tunjukjar bagaimana merawat dan menjaga bayimu. Sebagai balasannya, kau katakan padanya,”Ibu, zaman sekarang dan dahulu jauh bezanya, caranya juga berbeza!
Saat kau berumur 40 tahun, dia menghubungi mu untuk memberitahu ada kenduri doa selamat dan tahlil di rumah . Sebagai balasannya, kau jawab, “Ibu, saya terlalu sibuk, tidak berkeluangan untuk balik!”
Saat kau berumur 50 tahun, dia sakit-sakitan sehingga memerlukan perhatian mu
Sebagai balasannya, kau baca tentang pengaruh negatif orang tua yang menumpang tinggal di rumah anak-anaknya.
Sebagai balasannya, kau baca tentang pengaruh negatif orang tua yang menumpang tinggal di rumah anak-anaknya.
Dan hingga suatu hari, dia meninggal dengan tenang....
Dan tiba-tiba di satu ketika kau teringat semua yang belum pernah kau lakukan buat ibu mu.... sayangnya dia telah tiada lagi...
JIKA BELIAU MASIH ADA, JANGAN LUPA MEMBERIKAN KASIH SAYANGMU LEBIH DARI YANG PERNAH KAU BERIKAN SELAMA INI DAN JIKA BELIAU SUDAH TIADA, INGATLAH KASIH SAYANG DAN CINTANYA YANG TULUS TANPA SYARAT KEPADAMU.

JASA BONDA
kau dibuai mimpi dia jaga
kau dibuai mimpi dia jaga
kau bersenang dia bekerja
untukmu tiada terbatas
memberi tak minta dibalas
ingin dibinanya untukmu
punya kekuatan jiwa
punyai maruah..
leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat di hati
beringat-ingatlah berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang
engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semakin tua
membilang usia
di saat kau berjaya
dia tiada berdaya
semoga kau tak lupa
jasa bonda....
Tuesday, January 25, 2011
RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA
Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad.
Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.
Unta Menjadi Hakim
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh seorang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum yang unta itu milik orang Yahudi dan memutuskan untuk memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menadah tangannya ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."
Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang amalan engkau, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."
Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Sunday, January 23, 2011
Istana Al Hambra - Sepanyol
Al Hambra, melambangkan kegemilangan Islam sewaktu dulu, keindahan dan keajaiban yang tidak mampu dirungkai kerana dibangunkan dengan asas taqwa. Sayangnya atas kelalaian sang penguasa, Al Hambra kini sekadar menjadi tempat persinggahan para pelancong....
Alhambra ini merupakan istana kota di atas gunung di Granada. Sisa peninggalan muslim Al-Andalus tercantik, Di dalamnya ada benteng pertahanan (Alcazaba), istana nasrid, istana Karl V, taman dll
Alhambra dalam bahasa Arabnya hamra' bentuk jamak dari kata ahmar yang berarti "merah". Ini kerana bangunannya banyak dihiasi dengan ubin-ubin, bata-bata berwarna merah, serta penghias dinding yang agak kemerah-merahan dengan ceramik yang sarat dengan seni bina Islam, di samping marmar yang putih dan indah. Ada pula yang berpendapat bahwa Alhambra dinamakan demikian karena diambil nama pembuatnya yakni Al-Ahmar. Hingga saat ini bangunan bernilai tinggi akan seni rekabina ini memperlihatkan peradaban tinggi orang-orang Islam dulu. Istana ini berada di bukit La Sabica, masih tetap berdiri sebagai bukti kejayaan Islam di Granada Spanyol. Luasnya hampir 13 hektar. ianya dibangun di atas sisa bangunan zaman Romawi setelah perebutan Spanyol oleh para muslim. Granada dikenal sebagai tempat pelarian terakhir para muslim di Spanyol setelah Cordoba, Sevilla dan Malaga.

Istana Alhambra didirikan oleh kerajaan Bani Ahmar atau bangsa Moor (Moria) (bangsa yang berasal dari daerah Afrika Utara), satu kerajaan Islam terakhir yang berkuasa di Andalusia sekarang Spanyol. Kerajaan ini adalah Daulat Bani Ahmar yang berkuasa antara 1232-1492 M, didirikan oleh Sultan Muhammad bin Al-Ahmar atau Bani Nasr yang masih keturunan Sa'id bin Ubaidah, seorang sahabat Rasulullah saw. yang berasal dari suku Khazraj di Madinah. Bangunan Istana Alhambra dibangun kurang lebih tahun 1238 dan 1358 M oleh sultan tersebut yang diteruskan oleh keturunan raja-raja Bani Ahmar. Istana Alhambra tidak didirikan secara langsung tapi dibangunkan secara berperingkat. Ia dikatakan dibangunkan selama 100 tahun (Abad 14-15). Binaan pertama dilakukan oleh Sultan Muhammad bin al-Ahmar I (1257-1323). Awalnya bangunan ini dirancang sebagai kompleks tentera, namun kemudian Alhambra dijadikan kediaman dan istana kerajaan islam di Granada pada pertengahan abad ketiga belas.
Istana ini dilengkapi taman dengan bunga-bunga yang indah harum semerbak, serta suasana yang nyaman. Kemudian, ada juga Hausyus Sibb (Taman Singa), taman yang dikelilingi oleh 128 tiang yang terbuat dari marmar. Di taman ini pula terdapat kolam air pancur yang dihiasi dengan dua belas patung singa yang berbaris melingkar, yakni dari mulut patung singa-singa tersebut keluar air yang memancar. Di dalamnya terdapat berbagai ruangan yang indah, yaitu, Ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi), yakni ruangan pengadilan dengan luas 15 m x 15 m, yang dibangun oleh Sultan Yusuf I (1334-1354); Ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj), ruangan berbentuk bujur sangkar dengan luas bangunan 6,25 m x 6,25 m yang dipenuhi dengan hiasan-hisan kaligrafi Arab; Ruangan Bersiram (Hausy ar-Raihan), ruangan yang berukuran 36,6 m x 6,25 m yang terdapat pula al-birkah atau kolam pada posisi tengah yang lantainya terbuat dari marmer putih. Luas kolam ini 33,50 m x 4,40 m dengan kedalaman 1,5 m, yang di ujungnya terdapat teras serta deretan tiang dari marmer; Ruangan Dua Perempuan Bersaudra (Baitul al-Ukhtain), yaitu ruang yang khusus untuk dua orang bersaudara perempuan Sultan Al-Ahmar; Ruangan Sultan (Baitul al-Mulk); dan masih banyak ruangan-ruangan lainnya seperti ruangan Duta, ruangan As-Safa', ruangan Barkah, Ruangan Peristirahatan sultan dan permaisuri di sebelah utara ruangan ini ada sebuah masjid yakni Masjid Al-Mulk.
Ada beberapa perkara ajaib dalam AI Hambra. Pertamanya ialah tempat mengambil wudhuk yang dibina di tengah-tengah ruang masjid Al Hambra. Air untuk berwudhuk keluar dari mulut-mulut singa. Air itu entah dari mana datangnya.
Semasa zaman pemerintahan Islam, air itu keluar sendiri bila masuk waktu sembahyang dan berhenti juga sendiri (automatik).. Tiap-tiap waktu sembahyang begitulah. Tapi bila AI Hambra dikuasai Kristian, mulut singa itu dibuka untuk diselidiki teknologinya, dan hasilnya air mengalir tidak berwaktu lagi..mengalir setiap waktu.
Saintis moden hari ini kagum dengan teknologi pengairan yang terdapat di Hambra. Mereka tidak dapat menirunya. Bahkan kalau mereka cuba selidik, untuk kaji rahsianya air tidak akan keluar langsung.
Sebab itu mereka tidak berani mengganggu lagi. Terdapat
beberapa tempat air dalam AI Hambra yang sudah kering pancutannya, adalah kerana sistemnya diganggu. Dan tiada siapa yang mampu membaikinya supaya air itu mampu mengalir lagi.
Itulah keajaiban AI Hambra. Di tempat lain bila mendongak ke bumbung istana seperti ruang-ruang lain, terdapat ukiran yang sungguh seni dan cantik, bertulis ayat-ayat Quran
dan nama- nama Allah. Tapi sebahagian dari bumbung-bumbung itu kosong tanpa ukiran dan tulisan.
Sebenarnya orang Kristian cuba menutup syiar Islam dengan membina bumbung lain. Tapi bumbung baru itu roboh dan tempat roboh itulah dapat dilihat keasliannya Ya, Ada tempat roboh walhal AI Hambra yang lebih lama dari itu tidak menampakkan tanda-tanda mahu roboh!
Teknologi orang Islam adalah ilham dari Allah sedang teknologi, orang bukan Islam adalah hasil fikiran sendiri.

Di satu ruang besar, agak gelap bentuk hemisfera ada satu
keanehan yang lain. Di dalamnya, jika bertakbir, gemanya sangat kuat hingga menaikkan bulu roma. Di ruangan itu ada sistem menguatkan bunyi yang perlahan. Jika kita membisikkan sesuatu ke dinding hemisfera itu dan menyuruh rakan kita melekapkan telinga ke dinding yang jauh di hujung lagi satu, rakan kita akan dapat mendengarnya.
Wujud sistem penghantaran bunyi yang perlahan ke tempat yang jauh.
Di depan ruang itu terdapat kolam ikan. Airnya hijau. Ikan seperti lampam terdapat beribu ekor di bawah air. Ada warna putih, kuning, merah, belang-belang dan macam-macam. Jinak tapi tak dapat ditangkap. (Difahamkan asalnya itulah kolam tempat mandi raja).
Di bilik air istana AI Hambra pula, ruang bilik air itu kelihatan paling terang dari ruang-ruang yang lain. Sebab bumbungnya dibuat dari cermin, membenarkan cahaya matahari masuk. Mungkin untuk menjadikan bilik air itu mudah kering, lagi pun dulu mana ada lampu elektrik, cahaya agak susah jadi umat Islam berfikir bagaimana untuk masukkan cahaya asli ke ruang sulit itu. Terdapat kolah air yang besar di dalamnya. Cuma ada satu paip untuk isi air ke dalam kolah, tapi air sentiasa mengalir darinya, membuatkan kolam besar itu penuh diisinya.

Istana Al Hambra telah begitu berada di puncak kegemilangan. Sayangnya sikap berpecah belah kaum Muslimin menyebabkan kota Al Hambra ini jatuh ke tangan Kristian. Perpecahan kaum Muslimin memang sukar dibendung. Perasaan iri hati dan dengki telah memecah belah umat Islam. Fenomena ini telah dimanfaatkan pihak ketiga. Di saat kerajaan-kerajaan Islam saling berperang dan saling benci, pihak Kristian telah bersatu padu. Pada tahun 1469, Kerajaan Ferdinand dari Aragon telah bergabung dengan Kerajaan Isabella dari Castillia. Pada tanggal 2 Januari 1492 atau 2 Rabiul Awal 897, kota Granada dikepung dan akhirnya ditakluk dan dikuasai oleh pihak Kristian. Sejak itu, Alhambra dengan Masjid al-Mulknya dikuasai kaum Nasrani.
Ternyata kemenangan ini membawa kesan yang amat buruk bagi kaum Muslimin. Gerakan Kristianisasi mula dijalankan.Kardinal Ximenes de Cisneros menyingkirkan semua buku Arab yang menyenaraikan ajaran Islam dan membakarnya habis menjadi debu. Malahan Raja Philip II (raja Spanyol 1556-1598) mengumumkan sebuah undang-undang yang jelas-jelas melanggar Hak Asasi manusia.. Undang-undang itu mengharuskan kaum muslimin membuang kepercayaan, bahasa Arab, adat istiadat dan cara hidup sebagai pengikut Nabi Muhammad saw. Pun begitu mereka masih belum puas kerana puncaknya adalah, pada tahun 1609, Raja Philip III (1598-1621) mengusir secara paksa semua umat Islam dari Andalusia. Kalau masih ingin menetap di Andalusia cuma ada satu syarat, mereka harus memeluk agama Kristian.
Al Hambra terlalu indah...tiada kata-kata yang dapat diungkap melihat keindahannya selain ucapan Maha Suci Allah. Tertanya di dalam hati...mampukah Al Hambra ditawan kembali. Akan kembali gemilangkah Islam di sini...?
Subscribe to:
Posts (Atom)