Sila Klik

Saturday, January 22, 2011

Garlic Bread

Bahan-bahan

12 sudu makan (1 ½ stick) mentega  pada suhu bilik (180 ml)
4 ulas bawang putih, dicincang
¾ cawan keju Parmesan parut (190ml)
5 sudu makan daun bawang segar dicincang halus
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam /putih secukupnya.

1 buku roti Perancis

Cara PenyediaanDalam sebuah mangkuk gabungkan mentega dan bawang putih cincang. Tambah Parmesan keju, cincang daun bawang dan gaul dengan garam dan lada. Baiarkan sebati semua bahan-bahan.

Menggunakan pisau bergerigi, roti dipotong dua.

Letakkan roti pada selembar besar aluminium foil. Menggunakan spatula,sapukan campuran mentega di kedua-dua sisi setiap hirisan roti. Tabur dengan keju. Bungkus roti erat di aluminium foil dan biarkan  pada suhu bilik selama 30 minit - untuk membolehkan mentega bawang putih untuk serap ke dalam roti..

Panaskan oven atau pemanggang. Letakkan aluminium foil berisi roti di atas pemanggang/oven  dalm 3-5 minit. Matikan oven/pemanggang dan biarkan roti seketika..

Sajikan roti bawang putih panas dari panggangan. roti hendaklah hangat dan keju meleleh.


0 comments:

Post a Comment