Jugra terletak di Kuala Langat,Selangor,Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Pulau Carey, Kampung Chodoi, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi
Bukit Jugra awalnya dikatakan menjadi kawasan kera dan dikenal sebagai `Tanjung Kera '.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api dibina di puncak Bukit Jugra. Sampan , perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra.
Orang Inggris yang tidak fasih berbahasa Melayu menyebut `jungera 'atau berbunyi sebagai Jugra. Nama `Tanjung Kera 'kemudiannya diubah ke` Kota Temasya' oleh Sultan Abdul Samad dan nama Bukit Jugra juga kekal sehingga kini.
Menyingkap kembali asal kampung Kota ini dan Bukit Jugra saling terkait dengan kisah kerabat kerajaan Selangor. Menurut kisah 'mitos' penduduk tempatan yang lama menetap disekitar, Jugra berasal dari tubuh seorang puteri Negeri Kedah yang meninggal ketika melarikan diri kerana akan dinikahkan dengan Raja Riau.
Tubuhnya dikatakan hanyut ke laut dan terdampar hingga menjadi sebuah pulau yang berbukit dan memiliki tiga buah puncak:
Puncak pertama adalah yang menjadi makam Kerajaan yang meliputi area sekitar 2 hektar. Area makam DiRaja Selangor dimulai sekitar tahun pada 1886.
Disinilah Makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah yang mangkat pada 1898 (persemedian).
Lain-lain makam diluar dari 'bangunan Makam' adalah Almarhum Tengku Musa, Almarhumah Tunku Alfah binti Almarhum Sultan Yaakob, Almarhum Tunku Maharum, Almarhum Raja Berkat, Almarhumah Tengku Muteh putra Sultan Abdul Samad dan Yang Mulia Raja Kahar.
Puncak Kedua adalah ada bangunan lama dan peninggalan sejarah untuk para pembesar dan pembantu istana dan kerabat Diraja.
Puncak Ketiga: merupakan kawasan Rumah Api Bukit Jugra, di samping menjadi tempat mencerap anak bulan.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api dibina di puncak Bukit Jugra. Sampan , perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra.
Bukit Jugra merupakan tempat strategi kerana berhampiran dengan laut, mengadap perairan Selat Melaka.
Bukit Jugra ada 3 punca bukit yang menempatkan :
Makam Diraja |
- Makam-makan diraja
- Bangunan lama untuk pembesar dan kerabat diraja
- Rumah api Bukit Jugra setinggi 146 meter dibina pada 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia.
Rumah Api Jugra Istana Jugra - Istana Jugra merupakan istana yang didiami oleh Sultan Selangor hampir tiga dekad lamanya sebelum berpindah ke Kelang. Istana Jugra menjadi tempat pertabalan Sultan Selangor ke-5 iaitu Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa (telah menaiki takhta pada 17 hb Febuari 1898 mengantikan paduka Nenda baginda Almarmhum Sultan Abdul Samad. Antara peninggalan bersejarah semasa pemerintahan baginda di Bandar Temasha ,Jugra , Kuala Langat ialah Istana Jugra ini. Ia dibina pada tahun 1905.
- Istana ini juga dikenali sebagai Istana 40 bilik kerana di dalam nya terdapat 40 buah bilik. Istana dua tingkat ini di bina di atas tanah seluas 12.96 ekar. Di bahagian tengah nya terdapat dua tingkat Istana yang mengandungi 4 bilik iaitu bilik peraduan, bilik mengadap , bilik tetamu diraja dan persemayam baginda. Bangunan ini bertiang batu, berdinding dan berlantai papan. Bawah rumahnya setinggi 10 kaki mempunyai tangga papan tebal. Atapnya dibuat daripada daun nipah, mempunyai kaki yang berdinding setinggi 3 kaki dengan bilah-bilah kayu dinamakan jenang.
- Senibina masjid ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk campuran India-Muslim dan Islam Timur Tengah. Ianya dikatakan mempunyai pengaruh senibina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara.
- Sekali pandang pada bentuk masjid, ada imbasan arca istana zaman silam dalam cerita-cerita dongeng Aladdin & Kisah 1001 Malam.
- Banyak pengubahsuaian & tambahan telah dijalankan, terutama sekali pada bahagian dalamannya. Keseluruhan dinding dalaman telah disolek dengan penyudah kayu beralur, manakala sebelah dalam kubah telah dilitupi dengan siling kayu dekoratif, dihiasi dengan motif Kalimah Shahadah & nama-nama Khulafa' Arrasyidin. Bentuk asal kubah dari dalam sudah tidak kelihatan lagi.
- Kawasan lapang tidak berbumbung yang pada asalnya merupakan laman terbuka tanpa lantai telah diratakan dan disudahi dengan lantai jubin sebagai ruang solat tambahan.
- Bangunan utama masjid yang berkubah dikelilingi oleh dinding tinggi bertingkap jeriji. Di setiap sudut terdapat menara yang sederhana tingginya. Di tengah dinding bahagian hadapan masjid pula dibina menara azan bersegi delapan yang mempunyai dua aras tinjauan, berkubah keemasan di puncaknya. Keseluruhannya ibarat kubu kota pertahanan yang mengelilingi sebuah istana raja.
- Penjara Jugra atau dahulu dikenali sebagai Rumah Pasung ini terletak dalam daerah Kuala Langat. Ia merupakan penjara pertama di Negeri Selangor dan dibina daripada batu granit yang amat unik. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad sekitar 1870-an semasa Jugra menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Selangor. Pada masa sekarang hanya tinggal beberapa bahagian tembok binaan yang masih kukuh dan penjara ini telah dibaik pulih dan dipelihara oleh pihak Lembaga Muzium Selangor.
- Tapak Perigi Lama Jugra ini terletak di kaki Bukit Jugra, kira-kira 200 meter dari Bangunan Muzium Tapak (Insitu) Jugra, Kuala Langat. Tapak Perigi Lama ini di jumpai semasa kerja-kerja survei arkeologi dijalankan pada bulan November 2001. Di sekitar tapak ini terdapat beberapa unit perigi lama yang dipercayai digunakan sebagai sumber air pada masa dahulu. Di kawasan tapak ini juga dipercayai terdapatnya runtuhan banguan berdasarkan jumpaan sebahagian kecil tembok atau dinding batu yang masih elok semasa kerja-kerja carigali dijalankan pada tahun 2003. Selain jumpaan tembok batu tersebut, jumpaan-jumpaan lain seperti serpihan seramik, tembikar, porselin dan logam juga telah ditemui.
0 comments:
Post a Comment