Sila Klik

Sunday, January 30, 2011

Info Pemakanan

Beberapa info yang boleh dijadikan panduan dalam pemilihan makanan setiap hari.  Panduan di bawah boleh diikuti:

Sebiji Oren Setiap Hari

Tambahkan sekurang-kurangnya 50 gram vitamin C dalam diet seharian.  Ianya dapat membantu menyihatkan jantung anda.  Oleh itu, amalkan memakan oren sekurang-kurangnya sebiji pada setiap hari untuk jantung yang sihat.

Makanan Untuk Elak Buasir
  • Pisang dan oren membantu membekalkan vitamin C dan mineral kepada tubuh.
  • Betik mengandungi enzim dan mineral yang melancarkan proses pencernaan.
  • Kombinasikan sayur-sayuran yang berwarna hijau gelap
  • Kentang manis yang menyediakan serat, vitamin B, zat besi serta potassium.
  • Minum jus setiap hari seperti jus ceri, blackberries dan bluberries
Pilih Kentang Rendah Karbohidrat

Menurut pengkaji dari Universiti Florida, Dr Chad Hutchinson, sejenis kentang yang dikenali sebagai Spud-U-Lite dari Belanda adalah antara kentang yang paling rendah kandungan karbohidratnya iaitu dengan hanya dua pertiga berbanding kentang biasa.  Memakannya menyebabkan rasa kenyang dan tidak perlu mengambil makanan lain lagi.

Makanan Bervitamin K

Vitamin K diperlukan untuk pengeluaran prothrobin untuk pembekuan darah dan mencegah berlakunya pereputan tulang serta osteoporosis.  Vitamin K berperanan penting untuk saluran usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan di dalam hati.  Tiga jenis vitamin K ialah K1, K2 dan K4.  Kekurangan vitamin K menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus dan saluran kencing.  Sumber vitamin K antaranya adalah asparagus, kobis, putih telur, taugeh, kacang spoya, gandum dan yogurt.

Ikan Berdaging Putih

Kandungan asid lemak Omega 3 dalam ikan mempu mengurangkan risiko penyakit jantung.  kandungan lemak dan kolesterol dalam ikan berdaging putih adalah sangat rendah.  Setiap 180gram ikan ini menhgandungi kira-kira 100 kalori dan 1-3 gram lemak boleh larut.  Manakala ikan berdaging merah mengandungi lebih banyak lemak dan kalori iaitu 170 kalori dan 5-8 gram lemak.

Rojak Berlemak Tinggi

Sepinggan rojak dipercayai mengandungi kira-kira 51.2 gram atau 61 peratus kandungan lemak.  Seorang dewasa hanya memerlukan lemak daripada pengambilan makanan yang tidak melebihi 50 gram hingga 80gram lemak sehari.  Jumlah termasuklah makanan yang diambil secara mentah biarpun dalam bentuk tambahan seperti minyak yang digunakan dalam masakan.  Justeru, jangan makan rojak setiap hari!

Kebaikan Hidangan Panggang dan Bakar

Membakar atau memanggang daging seperti daging lembu, ayam atau kambing adalah teknik memasak yang lebih menyihatkan berbanding kaedah memasak yang lain.  Ini kerana lebihan lemak akan mencair dan menitis daripada daging ke dulang penapis.  Begitu juga dengan sayur-sayuran, memasaknya dengan cara memanggang lebih  menyihatkan berbanding merebus.  Untuk mengekalkan zat di dalam sayuran secara maksimum, jangan buang atau tanggalkan kulit sayur-sayuran sebelum memanggangnya.


Kurangi Garam

Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi banyak garam.  Sentiasa pastikan pengambilan garam tidak melebihi satu sudu kecil sehari atau bersamaan 2300 mg.

Mengamalkan Minum Teh Hijau Setiap Hari

Teh hijau mampu membakar lemak yang tidak diingini.  Teh ini sangat bagus bagi orang yang cuba untuk menurunkan berat badan.  Ia meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan dalam masa yang sama membakar lebihan lemak dan kalori.  ianya juga sedap dan amat bermanfaat.

Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan

Minumlah kopi dan berkumurlah beberapa saat sebelum makan.  Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan seterusnya isyarat dihantar melalui otak untuk menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL.  Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

0 comments:

Post a Comment