Sila Klik

Thursday, January 6, 2011

Wasiat Buat Isteri

KISAH BENAR: Wasiat Untuk Isteri

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2
membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
Semua benda,pasti ada baik buruknya.
Kisah Benar Untuk Renungan Kite Bersama
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke
rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah
merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara
menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri
Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-
rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al- Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan
merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil
bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah

Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama- sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya
dalamperniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju
dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir
Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-
warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil
tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak,

yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya
berusia 6tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya
diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli
perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan
anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar
seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-
sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut
hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk
menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta
mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.
Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan
sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana
tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton
saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang
digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham
membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam
wasiat itu.
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling
berharga."
"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun
pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit
apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar
rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum
anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak
pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia
mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. "
"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas
seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang
sebagai pengganti ibu)."
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis
faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa
berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa
yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada
kita sebagai umat Islam
-she should be thankful.... . she got the forgiveness from her husband-

1 comments:

Anonymous said...

Salam, nak mintak kebenaran kongsi artikel dalam blog ni.

Post a Comment